Monday, January 24, 2022

Progress January 2022 : Pra Pelancaran Sabah Lokal Ehailing RideRunner Kota Kinabalu

Impian akan progress bila kita lakukan sesuatu kepadanya

Usahakan terbaik,
.

dari sekadar IMAGINASI

Hingga ke ILUSTRASI

Akhirnya akan jadi REALITI
.

Orang yang biasa kerja keras dan berimpian besar

Tidak pernah takut Gagal

Malah Gagal itu adalah sebahagian kehidupan
.

Gagal bukannya sebahagian yang memalukan

Gagal adalah titik pembelajaran aras tinggi

Yang mampu beri impak besar dalam kehidupan
.

Kita mampu gagal banyak kali

Kerana yang pastinya kejayaan tetap akan dikecapi dalam selitan kegagalan

Hasil pelbagai pahit getir ujian yang penuh kegagalan

Pasti membawa kepada jalan kejayaan yang cemerlang
.

Anda orang yang sentiasa masuk keluar Bandaraya Kota Kinabalu

Hari-hari nampak pejabat RideRunner

Tapi malamnya akan malap seperti tiada penghuninya
.

2022 kita akan semarakkan siang malam

RideRunner akan terus terpapar namanya

Dan akan tertanam di sanubari bahawa Ini syarikat Sabah yang akan mengorak

Pelbagai usaha pengemblengan tenaga kearah kemajuan IT Tanah air Sabah kelak
.

Kita tidak salah pilih industri

Kita bermula dengan Projek ini (RideRunner.my)

Kita sudah ada Start up seterusnya (Rikod.my)

Dan Kita mula membangunkan Insan celik IT (Coedev.my)
.

Jadi Orang Sabah jangan ragui usaha orang kita

Support terus menerus,

Kalau bukan orang kita siapa lagi?
.
Join kami dalam menyertai perlumbaan Dunia "SUPER APP"

Sabah Lokal E-Hailing

Percuma EVP dan Kredit setiap bulan bagi yang layak

Untuk 100 yang PERTAMA MENDAFTAR Sahaja
.

Jom kita beraksi dipentas Kota Kinabalu

KLIK SINI UNTUK PERTANYAAN / PENDATARAN

#WeDefinitelyGROW

#DsChazy

Thursday, December 30, 2021

[TIPS] 31 Disember 2021 : Apa rancangan tahun sepanjang 2022?

Siapa yang berminat mencipta laluan 2022 saya bagi beberapa tips mudah

Supaya, sepanjang tahun 2022 tidak tergelincir untuk capai sasaran

Teruskan membaca.
.

1. Perancangan

1 hari terakhir ini anda perlu rancang sejelas mungkin apa yang ingin di capai pada tahun 2022

Perancangan ini harus dibuat SESUAI kapasiti sedia ada mahupun apabila anda mula 'Push to the limit'

.Set fasa pencapaian, contoh:

.Fasa 1 : January - March, - Sudah start jual produk/servis, fokus pendapatan minima

.Fasa 2 : April - June - push marketing dan tambahan aset hasil 3 bulan sales

.Fasa 3 : July - September - ambil pekerja pertama dan push lagi sales

.Fasa 4 : October - December - ambil pekerja ke 2 bantu buat sales dan ready plan for next year
.

2. Persediaan

Persediaan setelah merancang itu penting, ada 2 perkara perlu disiapkan

- Mental/mindset
- fizikal (Badan dan modal/capital)

.Mental/mindset

TEKNIK AFFIRMASI
- Set minda untuk fokus pada sasaran sehari sebelum Target setahun dijalankan
- saya akan kongsikan satu lagi post khas untuk Teknik Afirmasi Mudah

.Fizikal
- Setelah berafirmasi, badan harus kita LET GO bergerak bekerja sesuai affirmasi kita
- modal/capital antara perkara penting JIKA anda baru mahu bermula, tapi kalau yang sudah ada bisnes/pekerjaan sedia anda, anda harus fokus pada body anda untuk bekerja lebih keras lagi untuk mencapai sasaran
.

Nah, 2 perkara penting ini perlu dibuat sebelum masuk tahun baru

Maka sepanjang tahun 2022 terus terisi dengan kesibukan yang POSITIF

Nanti tidak perlu lagi ayat 'tahun yang kosong' / 'tahun yang hambar'
.

Tapi lihat pada keseluruhan pencapaian dan mula bersyukur kerana kita masih mampu usahakan sesuatu

Berbeza mereka yang sudah tidak bermaya, bertenaga apa lagi sudah berusia lanjut
.

#DsChazy

#WeDefinetelyGROW

Saturday, November 20, 2021

JENIS MANUSIA POLITIK DI SABAH DAN PERANAN ANAK MUDA SABAH

Dalam Politik Malaysia Khas Sabah
.

Ada 2 jenis Manusia

1. Yang berjuang untuk nasib rakyat

2. Yang Berjuang untuk Karier
.

Masa saya ikut PRN lalu

Saya sedar ramai masuk politik untuk jadi manusia no 2
.

Kalau berjuang semata untuk rakyat,

Dia nda brani berjanji bukan bintang

Dia mau SAMA-SAMA bersatu berjuang
.

Berbeza yang no. 2

Apa saja kena buat asal menang

Janji sampai ke planet marikh asal kena pilih

Jadi akan dapat gaji tetap, elaun, pencen, projek dan sebagainya
.

Di Malaysia ni kalau mau menang

Kena buat janji dia biar manis sampai dapat diabetis

Ramai buat janji manis tapi kena ada GULA untuk tambah manis
.

Kalau sekadar janji tiada GULA nya tidak cukup UMPH

Kena bagi gula gred 50, 100, 150 malah ribu-ribu

Baru boleh menang
.

Dari sudut lain,

Inilah seni berpolitik

Sistem sudah begitu
.

"Tiada uang jangan melawang

Ada uang semua jalang"
.

KECUALI sampai masa berlaku Fenomena ANAK MUDA SABAH BANGKIT

Para belia sedar bahawa Sabah terutamanya

Perlu dipimpin dengan kepimpinan HOLISTIK
.

Selagi kita teruskan budaya 'berkarier politik kuda tua'

Selagi itu kita tidak akan maju ke depan
.

Sesuatu yang diperjuangkan harus ada pengakhiran kejayaan

Tapi yang 'berkarier' sambung-sambung kononnya sedang berusaha

DEMI 'perjuangan' rakyat Gamaknya
.

Sebenarnya, "Selagi mana dia dipilih rakyat"

"Selagi itu dia akan terus berkarier dan bergaji tetap serta dapat manfaat"

Hasil SENI politaik gila butakan rakyat.
.

Antara SENI TERHEBAT dalam dunia berpolitik adalah

SENI MENANGGUHKAN URUSAN dan 'DIVERSION'
.

Semakin ter'delay' semakin panjang tempoh berkhidmat

Semakin banyak boleh dikaut KECUALI
.

Perlembagaan memperuntukan Wakil rakyat makan GAJI MINIMA

Pasti mereka akan rajin buat kerja
.

Percaya atau tidak,

Undang-undang yang dibuat hanya memberi keselesaan dan perlindungan

pada wakil rakyat kuda turun temurun ini
.

Maka sampai masa kelak anak muda perlu bangkit

Berani bertanding, tempatkan diri dalam pembuat keputusan MASA DEPAN SABAH dan BUATLAH PERUBAHAN

Kerana kitalah yang akan mencorak dan mewarnai masa depan anak keturunan kita

Kitalah yang akan menentukan apa yang baik untuk keturunan kita

BUKAN KUDA TUA.
.

Jadi bila harus mau bangkit?

Tanya diri kita, adakah kita mahu jadi Manusia No.1 atau No. 2?

Think
.

P/s: Perkara sama apply pada pencacai pengangkat najis yang selalu ikut 'kuda' mereka. Menang Kuda mereka, maka mereka akan dapat manfaat. Jadi kerja Pencacai akan terus menjilat walau 101% benar kita cakap pasal kebenaran, dia mampu patahkan juga dengan kaedah seni membuat orang rasa 'annoying'.

#Bangkit
#DsChazy

Rujukan Foto : Utusan Borneo

Thursday, July 22, 2021

UPDATE : PERKEMBANGAN DIKALA PANDEMIK KELUARGA 4 BERADIK OKU YATIM PIATU KENINGAU - DS Chazy



Syukur sempat saya singgah di Kampung Kuala Tigasa, Keningau untuk menghantar sumbangan bakul makanan kepada Penjaga juga adik beradik mereka iaitu En. Azizan.
.

Saya terkejut apabila ada rumah baharu di sebelah rumah yang kita pernah kempen dan usahakan membinanya.
.

Saya difahamkan pihak PBT bahagian Sook menawarkan untuk bina satu lagi rumah untuk keselesaan mereka terutama En. Azizan yang sudah berumah tangga.
.

Saya sangat bersyukur atas perkembangan ini, akhirnya mereka mampu ada rumah sendiri, dan para OKU adik beradik beliau juga sudah ada rumah sempurna.
.

Berkenaan Kedai Runcit yang diusahakan dulu, ia terpaksa dipindahkan untuk beri laluan kepada Rumah PPRT ini di bina. Dan usaha pembinaan semula kedai runcit dibuat di tengah-tengah antara 2 rumah batu sergam indah ini.
.

Alhamdulillah, kita berjaya daftarkan beliau menjadi salah satu RIDER PROFESSIONAL RIDERUNNER, dan pihak Amal Prihatin Sabah akan menyumbang bayaran Insurans selama setahun untuk beliau memulakan kerjaya sebagai RideRunner Professional.
.

Semoga dengab usaha ini akan dapat membuka lebih banyak ruang rezeki supaya ekonomi mereka terus berkembang.
.

Saya dengan rendah diri berterima kasih kepasa mereka yang sama-sama sokong dan bantu program amal kita untik terus bantu keluarga Yatim Piatu ini. Semoga anda sentiasa murah rezeki dan sukses hendaknya
.

Support RideRunner Keningau,

Anda yang selalu perlukan rider boleh join Group Whatsapp Keningau/Sook/Nabawan untuk request Rider yang berdaftar kami. Jangan risau semua rider kami mamlu rentas sempadan sekitar Keningau/Sook/Nabawan/Tenom/Sepulut/Tambunan
.

Orang Keningau/Sook/Nabawan/Tenom/Tambunan boleh join Group:

.

Bantu saya bangkitkan RideRunner di Pedalaman/Tengah Sabah


#weGrow
#Bangkit

Monday, July 19, 2021

Bisnes Model Gunting Rambut Bergerak (Barber?) - Ds Chazy

Bisnes Model Gunting Rambut Bergerak?
.


Kalau di kedai, Barber caj minima rm10 - rm15 sekali gunting dan kemasan

Dan dia akan spend masa sekitar 30 minit sehingga sejam

Untuk selesaikan seorang klien
.

Jadi kalau kerja 8 jam contohnya

Seorang barber minima mampu mencapai sekitar rm120 - rm240 sehari
.

Ini jika kita anggap pelanggan berbaris setiap hari dalam 26 hari

*4 hari ialah ahad cuti rehat

Jadi anggaran purata sebulan mampu capai rm3,120 - RM6,240 untuk seorang barber
.

Jika Sebuah kedai mempunyai 3 orang barber

dan beranggapan ramai berbaris minta potong rambut setiap hari
.

Maka pendapatan kita gandakan ke pada 3

Iaitu anggaran pendapatan sekitar rm9,360 - rm18,720

Bagilah sewa kedai bermula rm1,000 - rm3,000
.

Bermakna, untuk seorang barber tidak mampu tampung sewa 3k

bagi 3 orang barber mampu ambil sewa 3k

Jika seorang barber bergaji bermula rm1,500 (kerja sendiri)

bermakna dia kena cari kedai yang sewa murah dibawah 1k
.

Jika beranggapan barber itu professional

Maka dengan 3 barber perlu di gaji bermula 2k -3k sebulan

Maka pendapatan sehingga 18k juga mungkin tidak cukup

disebabkan kos lain perlu dilihat seperti socso, kwsp dan sebagainya

Apa lagi waktu pandemik sekarang
.

So, jika menjalankan service potong rambut rumah ke rumah pula

Kos perkiraan di atas adalah tidak berbaloi
.

Kenapa? Disebabkan 'Travelling Time' akan menyusutkan masa berurusan dengan pelanggan

Rm15 tidak cukup 'cover' minyak dan masa jika menjalankan service ini
.

Sekurang-kurangnya harga perlu ditingkatkan bermula rm30 untuk membuat target minima pendapatan

Contohnya Kita target potong rambut rumah ke rumah sekitar 10 orang

Maka pendapatan kasar sekitar rm300 belum tolak kos minyak, maintenance dan  gaji
.
Ini adalah salah satu contoh kira-kira yang anda perlu buat jika ingin memulakan sesuatu bisnes

Kena ada daya fikir yang lebih luas

Membuat perbandingan kos

Membuat anggaran pendapatan

Membuat harga pasaran sesuai kos dan untung sekian sekian
.

Cara begini boleh dibuat untuk saloon bergerak, urut/reflexologi, servis ekon, paip, wiring, malah jual makanan, minuman, snek dan sebagainya
.

RideRunner antara salah satu pilot projek yang dijalankan untuk menilai beberapa kerja yang boleh diserapkan dalam sistem aplikasi

Yang mana ia mampu hubungkan rider a.k.a Tasker dengan Pelanggan
.

Jadi kita juga walaupun tidak buat banyak benda lagi

Ada banyak perkara sudah kita capai termasuk menjalankan R&D bagi tujuan membuka peluang pekerjaan dan perniagaan
.

Support RideRunner Projek

Kita sebenarnya ke arah mewujudkan ekosistem win-win supaya Sabah tidak ketinggalan dalam perlumbaan IT

Malah rakyat dapat manfaat dan sama-sama mewujudkan dan menggerakkan ekonomi setempat.

#weGrow
#Bangkit

*Gambar Sumber Google, tidak bertujuan keuntungan sekadar rujukan dan penerangan

Saturday, July 17, 2021

Fundemental Asas Segala Professionalisme : Jadi Rakyat Yang Hebat

Sejauh mana pengalaman bertahun lamanya, Selagi nda lepas ilmu asas pasti akan bawa masalah
.

Sejauh mana kita berbangga kita ada 'pengalaman' bertahun, Tapi benda begini buat kita sakit kepala dan tidak dapat cari jalan penyelesaian
.

Kita belum layak dipanggil professional, Selagi kita merasa 'turun darjat' untuk ringankan hati bertanya dan belajar

Selagi itu, Hikmah Tuhan tidak akan meresap dalam kehidupan kita kerana ego menakhluki jiwa untuk menerima solusi dari yang lain
.

Begitulah yang belaku dalam siri kehidupan sebulan dua lalu, Ada orang berbangga dan merasa hebat dengan apa di dada dia, Sedikit pun tidak mahu berbincang mencari solusi bersama
.

Akhirnya benda yang dia tidak mampu buat penyebab dia diberhentikan serta merta, Kita terpaksa turun padang dan melihat 'hasil kerja' yang dibanggakan
.

Akhirnya juga ia berbalik pada FUNDEMENTAL TEKNIKAL yang sangat asasi, Rasa bersyukur kita tidak terlalu lama bersama orang yang bongkak dan tidak bersyukur
.


Misi kemarin adalah misi 'Cuci Tahi' yang saya selalu namakan, Untuk membersihan najis-najis yang ditinggalkan mereka yang tidak ingin belajar atau akui kesilapan mereka. Demi menebus sebuah maruah professionalisme yang kita bina bertahun, kita kena turun padang juga.
.

Dan semua ini dibuat PERCUMA atas kerugian-kerugian yang kita lalui, Demi menjalankan kerja Fardu Kifayah;

Membuka peluang pekerjaan tapi terkena pada mereka yanh tidak bersyukur dan tidak memanfaatkan peluang berkerjaya professionalisme
.

Kenapa saya percaya legasi saya masih bertahan walau waktu sukar?

Sebab kita pegang pada kerja professional, Kerja tanpa banyak alasan tapi banyak solusi dan pengurusan cara kerja teratur (SOP)

Hak konsumer dijaga di tahap tertinggi, after-sales yang sangat tinggi walau kita tawarkan dengan nilai kompetitif

Pembelajaran berterusan untuk memantapkan kemahiran staff, bukan hanya 'Pengalaman Berulang'

Pewujudan ruang daya fikir staff supaya mampu berkembang hebat setanding technician luar negara
.

Tapi apakan daya, belum ramai orang kita mampu capai standard tinggi, tapi mau  harap gaji tinggi

Kita buat level career, tapi tidak sabar untuk dapat lebih, mau cepat semua boleh dapat.
.

Saya harap ada ruang peluang orang kita bekerja buruh di Negara maju seperti Korea dan Australia, supaya dorang rasa berkuli di sana lebih teruk dari kerja di negara sendiri.
.

Paling sedih orang kita berani sembang berjuabg hak dengan majikan Bumiputera, kalau bergaji dengan bukan bumiputra, sanggup makan rumput pun ada walau ditindas hak mereka.
.

Ini satu hakikat, orang kita lebih selesa BERTUANKAN ORANG LUAR.

Apa yang dilalui kita untuk memajukan anak bangsa, tapi Bangsa kita belum benar bersedia untuk jadi maju, kerja kuat dan berdaya saing serta professional.
.

Last sekali, apabila kita ambil buruh luar, baru kecam kita sebab nda support ambil orang sendiri, disitulah anda menilai, inilah kehidupan ramai sembang pejuang tapi bukan dilapangan

Serupa pak menteri yang lahir dari sudu emas, tahu kesusahan rakyat tapi nda mampu rasa apa itu nilai susah sebenar.
.

Yang paling teruk, orang kita ramai susah, tapi gaya tidak macam orang susah disebabkan Malaysia syurga pelbagai bantuan, membantutkan ramai generasi menjadi pengharap bantuan dari sekolah, bekerja sampailah mau bisnes semua ada bantuan
.

Sampai bila bangsa kita tidak mampu berdikari? atau hanya layak sebagai pompom girl tukang sorak bagi mereka yang berjaya.
.

Biar kita semua jadi hebat, jadilah masyarakat yang sangat betusaha, membangun, kerja keras dan kearah memartabatkan kehidupan seketurunan.
.

Sekadar menulis dari sudut anak Sabah dan seorang Majikan Bisnes Sosial Sabah.

#weGrow
#Bangkit

Saturday, June 26, 2021

Enterprise vs Sdn Bhd - Isu viral dengan W*HID Enterprise

Enterprise atau Sdn Bhd ni 2 perkara berbeza
.

1. Enterprise/Trading/Sole-Propreitor hanyalah Entiti Perniagaan/Bisnes

2. Manakala Sdn Bhd adalah Syarikat/Company
.

Paling berbeza dari segi pencukaian

1. Enterprise, semakin besar pendapatan semakin banyak perlu bayar ke LHDN

2. Sdn Bhd, semakin besar pendapatan, semakin banyak berbelanja untuk syarikat, banyak pengecualian cukai boleh didapati, akhirnya pembayaran cukai tidak terlalu tinggi
.

Oleh itu, jika anda ada trading lesen, anda belum BERSYARIKAT, anda hanya dilesenkan untuk menjalankan Perniagaan

Manakala Jika anda mempunyai Syarikat, Semestinya ia berdaftar dengan SSM, maka sahlah anda mempunyai sebuah (atau lebih) Syarikat.
.

TAPI, jangan keliru dengan 'Enterprise' Sdn Bhd. Ada orang upgrade Enterprise ke Sdn Bhd,

jadi Nama dia sebelum ini digunakan contohnya Waheeda Enterprise, Dia boleh daftar SSM untuk Waheeda Enterprise Sdn Bhd.
.

Tapi Kelas tetap sama, jika dia pegang lesen trading atas nama PERSONAL, dia masih kategori Enterprise, 

kecuali jika trading lesen Waheeda Enterprise sudah ditukar dimiliki oleh Waheeda Enterprise Sdn Bhd.
.

Satu lagi info, jika anda ingin buka SDN BHD, kini anda boleh buka dengan hanya seorang Pengarah sahaja, nda perlu cari share, 

cuma sediakan kos sekitar 2500 - 3500++ untuk buka syarikat, semakin tinggi Modal Berbayar (Paid-up Capital) semakin mahal caj penubuhan sesebuah syarikat.

Itu belum masuk kos buka akaun bank syarikat, membuat resolusi, audit, tax dan sebagainya.
.

Berbanggalah apa kita ada sekarang, nda kisah ndada lesen, enterprise mahupun syarikat.

Jangan bangga dengan duit yang kita dapat sehari-hari

Tapi berbanggalah berapa jauh pengembangan kehidupan kita buat
.

Orang bisnes sejati mana pandai goyah kena jentik sikit pun

Kalau masih goyah, maknanya ada something kita masih mau buktikan sama orang lain which benda tu tiada bagi manfaat dan sia-sia.
.

Money is nothing, it just a tool.

Itu pasal duit boleh kasi naik orang, dan boleh jatuhkan orang juga.

Orang yang suka letak nilai respek pasal duit dia banyak mahupun pangkat, itu bukan manusia, itu malhluk penganut agama duit dan bertuhankan duit
.

Jadilah Pengusaha Sejati

#weGrow