Thursday, July 22, 2021

UPDATE : PERKEMBANGAN DIKALA PANDEMIK KELUARGA 4 BERADIK OKU YATIM PIATU KENINGAU - DS Chazy



Syukur sempat saya singgah di Kampung Kuala Tigasa, Keningau untuk menghantar sumbangan bakul makanan kepada Penjaga juga adik beradik mereka iaitu En. Azizan.
.

Saya terkejut apabila ada rumah baharu di sebelah rumah yang kita pernah kempen dan usahakan membinanya.
.

Saya difahamkan pihak PBT bahagian Sook menawarkan untuk bina satu lagi rumah untuk keselesaan mereka terutama En. Azizan yang sudah berumah tangga.
.

Saya sangat bersyukur atas perkembangan ini, akhirnya mereka mampu ada rumah sendiri, dan para OKU adik beradik beliau juga sudah ada rumah sempurna.
.

Berkenaan Kedai Runcit yang diusahakan dulu, ia terpaksa dipindahkan untuk beri laluan kepada Rumah PPRT ini di bina. Dan usaha pembinaan semula kedai runcit dibuat di tengah-tengah antara 2 rumah batu sergam indah ini.
.

Alhamdulillah, kita berjaya daftarkan beliau menjadi salah satu RIDER PROFESSIONAL RIDERUNNER, dan pihak Amal Prihatin Sabah akan menyumbang bayaran Insurans selama setahun untuk beliau memulakan kerjaya sebagai RideRunner Professional.
.

Semoga dengab usaha ini akan dapat membuka lebih banyak ruang rezeki supaya ekonomi mereka terus berkembang.
.

Saya dengan rendah diri berterima kasih kepasa mereka yang sama-sama sokong dan bantu program amal kita untik terus bantu keluarga Yatim Piatu ini. Semoga anda sentiasa murah rezeki dan sukses hendaknya
.

Support RideRunner Keningau,

Anda yang selalu perlukan rider boleh join Group Whatsapp Keningau/Sook/Nabawan untuk request Rider yang berdaftar kami. Jangan risau semua rider kami mamlu rentas sempadan sekitar Keningau/Sook/Nabawan/Tenom/Sepulut/Tambunan
.

Orang Keningau/Sook/Nabawan/Tenom/Tambunan boleh join Group:

.

Bantu saya bangkitkan RideRunner di Pedalaman/Tengah Sabah


#weGrow
#Bangkit

No comments:

Post a Comment