Saturday, June 26, 2021

Enterprise vs Sdn Bhd - Isu viral dengan W*HID Enterprise

Enterprise atau Sdn Bhd ni 2 perkara berbeza
.

1. Enterprise/Trading/Sole-Propreitor hanyalah Entiti Perniagaan/Bisnes

2. Manakala Sdn Bhd adalah Syarikat/Company
.

Paling berbeza dari segi pencukaian

1. Enterprise, semakin besar pendapatan semakin banyak perlu bayar ke LHDN

2. Sdn Bhd, semakin besar pendapatan, semakin banyak berbelanja untuk syarikat, banyak pengecualian cukai boleh didapati, akhirnya pembayaran cukai tidak terlalu tinggi
.

Oleh itu, jika anda ada trading lesen, anda belum BERSYARIKAT, anda hanya dilesenkan untuk menjalankan Perniagaan

Manakala Jika anda mempunyai Syarikat, Semestinya ia berdaftar dengan SSM, maka sahlah anda mempunyai sebuah (atau lebih) Syarikat.
.

TAPI, jangan keliru dengan 'Enterprise' Sdn Bhd. Ada orang upgrade Enterprise ke Sdn Bhd,

jadi Nama dia sebelum ini digunakan contohnya Waheeda Enterprise, Dia boleh daftar SSM untuk Waheeda Enterprise Sdn Bhd.
.

Tapi Kelas tetap sama, jika dia pegang lesen trading atas nama PERSONAL, dia masih kategori Enterprise, 

kecuali jika trading lesen Waheeda Enterprise sudah ditukar dimiliki oleh Waheeda Enterprise Sdn Bhd.
.

Satu lagi info, jika anda ingin buka SDN BHD, kini anda boleh buka dengan hanya seorang Pengarah sahaja, nda perlu cari share, 

cuma sediakan kos sekitar 2500 - 3500++ untuk buka syarikat, semakin tinggi Modal Berbayar (Paid-up Capital) semakin mahal caj penubuhan sesebuah syarikat.

Itu belum masuk kos buka akaun bank syarikat, membuat resolusi, audit, tax dan sebagainya.
.

Berbanggalah apa kita ada sekarang, nda kisah ndada lesen, enterprise mahupun syarikat.

Jangan bangga dengan duit yang kita dapat sehari-hari

Tapi berbanggalah berapa jauh pengembangan kehidupan kita buat
.

Orang bisnes sejati mana pandai goyah kena jentik sikit pun

Kalau masih goyah, maknanya ada something kita masih mau buktikan sama orang lain which benda tu tiada bagi manfaat dan sia-sia.
.

Money is nothing, it just a tool.

Itu pasal duit boleh kasi naik orang, dan boleh jatuhkan orang juga.

Orang yang suka letak nilai respek pasal duit dia banyak mahupun pangkat, itu bukan manusia, itu malhluk penganut agama duit dan bertuhankan duit
.

Jadilah Pengusaha Sejati

#weGrow

No comments:

Post a Comment