Saturday, November 20, 2021

JENIS MANUSIA POLITIK DI SABAH DAN PERANAN ANAK MUDA SABAH

Dalam Politik Malaysia Khas Sabah
.

Ada 2 jenis Manusia

1. Yang berjuang untuk nasib rakyat

2. Yang Berjuang untuk Karier
.

Masa saya ikut PRN lalu

Saya sedar ramai masuk politik untuk jadi manusia no 2
.

Kalau berjuang semata untuk rakyat,

Dia nda brani berjanji bukan bintang

Dia mau SAMA-SAMA bersatu berjuang
.

Berbeza yang no. 2

Apa saja kena buat asal menang

Janji sampai ke planet marikh asal kena pilih

Jadi akan dapat gaji tetap, elaun, pencen, projek dan sebagainya
.

Di Malaysia ni kalau mau menang

Kena buat janji dia biar manis sampai dapat diabetis

Ramai buat janji manis tapi kena ada GULA untuk tambah manis
.

Kalau sekadar janji tiada GULA nya tidak cukup UMPH

Kena bagi gula gred 50, 100, 150 malah ribu-ribu

Baru boleh menang
.

Dari sudut lain,

Inilah seni berpolitik

Sistem sudah begitu
.

"Tiada uang jangan melawang

Ada uang semua jalang"
.

KECUALI sampai masa berlaku Fenomena ANAK MUDA SABAH BANGKIT

Para belia sedar bahawa Sabah terutamanya

Perlu dipimpin dengan kepimpinan HOLISTIK
.

Selagi kita teruskan budaya 'berkarier politik kuda tua'

Selagi itu kita tidak akan maju ke depan
.

Sesuatu yang diperjuangkan harus ada pengakhiran kejayaan

Tapi yang 'berkarier' sambung-sambung kononnya sedang berusaha

DEMI 'perjuangan' rakyat Gamaknya
.

Sebenarnya, "Selagi mana dia dipilih rakyat"

"Selagi itu dia akan terus berkarier dan bergaji tetap serta dapat manfaat"

Hasil SENI politaik gila butakan rakyat.
.

Antara SENI TERHEBAT dalam dunia berpolitik adalah

SENI MENANGGUHKAN URUSAN dan 'DIVERSION'
.

Semakin ter'delay' semakin panjang tempoh berkhidmat

Semakin banyak boleh dikaut KECUALI
.

Perlembagaan memperuntukan Wakil rakyat makan GAJI MINIMA

Pasti mereka akan rajin buat kerja
.

Percaya atau tidak,

Undang-undang yang dibuat hanya memberi keselesaan dan perlindungan

pada wakil rakyat kuda turun temurun ini
.

Maka sampai masa kelak anak muda perlu bangkit

Berani bertanding, tempatkan diri dalam pembuat keputusan MASA DEPAN SABAH dan BUATLAH PERUBAHAN

Kerana kitalah yang akan mencorak dan mewarnai masa depan anak keturunan kita

Kitalah yang akan menentukan apa yang baik untuk keturunan kita

BUKAN KUDA TUA.
.

Jadi bila harus mau bangkit?

Tanya diri kita, adakah kita mahu jadi Manusia No.1 atau No. 2?

Think
.

P/s: Perkara sama apply pada pencacai pengangkat najis yang selalu ikut 'kuda' mereka. Menang Kuda mereka, maka mereka akan dapat manfaat. Jadi kerja Pencacai akan terus menjilat walau 101% benar kita cakap pasal kebenaran, dia mampu patahkan juga dengan kaedah seni membuat orang rasa 'annoying'.

#Bangkit
#DsChazy

Rujukan Foto : Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment