Bisnes Model Gunting Rambut Bergerak?
.
Kalau di kedai, Barber caj minima rm10 - rm15 sekali gunting dan kemasan
Dan dia akan spend masa sekitar 30 minit sehingga sejam
Untuk selesaikan seorang klien
.
Jadi kalau kerja 8 jam contohnya
Seorang barber minima mampu mencapai sekitar rm120 - rm240 sehari
.
Ini jika kita anggap pelanggan berbaris setiap hari dalam 26 hari
*4 hari ialah ahad cuti rehat
Jadi anggaran purata sebulan mampu capai rm3,120 - RM6,240 untuk seorang barber
.
Jika Sebuah kedai mempunyai 3 orang barber
dan beranggapan ramai berbaris minta potong rambut setiap hari
.
Maka pendapatan kita gandakan ke pada 3
Iaitu anggaran pendapatan sekitar rm9,360 - rm18,720
Bagilah sewa kedai bermula rm1,000 - rm3,000
.
Bermakna, untuk seorang barber tidak mampu tampung sewa 3k
bagi 3 orang barber mampu ambil sewa 3k
Jika seorang barber bergaji bermula rm1,500 (kerja sendiri)
bermakna dia kena cari kedai yang sewa murah dibawah 1k
.
Jika beranggapan barber itu professional
Maka dengan 3 barber perlu di gaji bermula 2k -3k sebulan
Maka pendapatan sehingga 18k juga mungkin tidak cukup
disebabkan kos lain perlu dilihat seperti socso, kwsp dan sebagainya
Apa lagi waktu pandemik sekarang
.
So, jika menjalankan service potong rambut rumah ke rumah pula
Kos perkiraan di atas adalah tidak berbaloi
.
Kenapa? Disebabkan 'Travelling Time' akan menyusutkan masa berurusan dengan pelanggan
Rm15 tidak cukup 'cover' minyak dan masa jika menjalankan service ini
.
Sekurang-kurangnya harga perlu ditingkatkan bermula rm30 untuk membuat target minima pendapatan
Contohnya Kita target potong rambut rumah ke rumah sekitar 10 orang
Maka pendapatan kasar sekitar rm300 belum tolak kos minyak, maintenance dan gaji
.
Ini adalah salah satu contoh kira-kira yang anda perlu buat jika ingin memulakan sesuatu bisnes
Kena ada daya fikir yang lebih luas
Membuat perbandingan kos
Membuat anggaran pendapatan
Membuat harga pasaran sesuai kos dan untung sekian sekian
.
Cara begini boleh dibuat untuk saloon bergerak, urut/reflexologi, servis ekon, paip, wiring, malah jual makanan, minuman, snek dan sebagainya
.
RideRunner antara salah satu pilot projek yang dijalankan untuk menilai beberapa kerja yang boleh diserapkan dalam sistem aplikasi
Yang mana ia mampu hubungkan rider a.k.a Tasker dengan Pelanggan
.
Jadi kita juga walaupun tidak buat banyak benda lagi
Ada banyak perkara sudah kita capai termasuk menjalankan R&D bagi tujuan membuka peluang pekerjaan dan perniagaan
.
Support RideRunner Projek
Kita sebenarnya ke arah mewujudkan ekosistem win-win supaya Sabah tidak ketinggalan dalam perlumbaan IT
Malah rakyat dapat manfaat dan sama-sama mewujudkan dan menggerakkan ekonomi setempat.
#weGrow
#Bangkit
*Gambar Sumber Google, tidak bertujuan keuntungan sekadar rujukan dan penerangan
No comments:
Post a Comment