#PoketAmalAPSR


[PERHATIAN]

Untuk Makluman #ProjekVan10Sen sudah digantikan dengan projek #PoketAmalAPSR yang menjurus kepada skop bantuan lebih luas terutama dalam memohon dana sumbangan dari orang awam.

#ProjekVan10Sen tetap berjalan melalui Aplikasi Grab yang mana lebih mudah mendapatkan pemandu tanpa perlu menggunakan ramai sukarelawan yang sangat terhad buat masa ini.

Mohon sokongan daripada anda semua, dengan sumbangan anda diharapkan dapat meneruskan usaha murni ini membantu mereka yang memerlukan terutama untuk ke hospital apatah lagi mereka yang benar-benar memerlukan bantuan kemanusiaan.

Terima Kasih

#Caps
Gambar disaat bermulanya #ProjekVan10Sen

[Mohon Viralkan]

Salam damai dan cinta kasih.

#ProjekVan10Sen telah dilancarkan beberapa hari yang lalu dibawah AMAL PRIHATIN SABAH RESOURCES, Penyelaras Achmad @ Ds Chazy mendapat inspirasi daripada #MrKentang Mr Kuan Chee Heng hasil daripada projek Teksi 10 Sen beliau di Semenanjung Malaysia.

Tujuan kewujudan Van 10 Sen adalah untuk membantu golongan sasaran untuk sampai ke Hospital/Klinik dengan hanya 10 sen dari rumah mereka (vice versa/atau sebaliknya)

Golongan Sasaran adalah seperti berikut :
OKU, Warga Emas, Ibu/ayah Tunggal yang tidak kemampuan, pelajar susah, anak yatim/piatu, miskin tegar, dan sewaktu dengannya.

Kawasan Perkhidmatan :
Kepayan, Penampang (hingga Dongongon), Putatan (Hingga Sabindo Kinarut), Bandaraya KK (Hingga Menggatal termasuk sekitar 1B, sehingga Indah Permai)

Masih ramai golongan sasaran yang memerlukan malu-malu kali untuk guna #Van10Sen,

Proses sangat mudah.
- Whatsapp 0164472994
- perkenalkan diri
- bagi detail
- tarikh ke hospital
- jam/masa
- lokasi rumah



#ProjekVan10Sen telah mendapat liputan BHPlus dan FMT


Pada yang sudah sedia di Hospital/Klinik tapi tidak mampu balik atau tiada kenderaan untuk balik terutama yang baru lepas bersalin, mengandung, baru habis appointment luka/patah/fisio dll, pun boleh juga booking. Rm0.10 saja, kalau tidak mampu, tetap PERCUMA boleh bagi.

Inilah nikmat Tuhan yang boleh di kongsi, kudrat aset jentera, masa dan tenaga sudah jadi peruntukan bantu yang termampu kepada yang memerlukan.

Mohon rakan-rakan pasti ada orang susah di sekeliling anda. War-warkan saja, tolong dorang booking pun nda apa..itulah bantuan sebaik-baik yang anda boleh sumbangkan tidak semestinya wang ringgit. Kita hidupkan rantaian kasih sayang tanpa batas, untuk mengukir senyuman setiap yang memerlukan.

Mohon luaskan dan sebarkan info kewujudan Van 10 sen ini.



Bersama Pengasas Teksi 10 Sen Mr Kuan Chee Heng


Yang ingin sumbangkan dalam bentuk kewangan boleh salurkan ke:

CIMB BANK
AMAL PRIHATIN SABAH RESOURCES
8602790791

Email : amalprihatin.sr@gmail.com

HOTLINE : 0164472994

#ProjekVan10Sen
#AmalPrihatinSabahResources
#DsChzys


************************************************************************


Kelas Perniagaan for Fundraising #AmalPrihatinSabahResources
Untuk menampung kos #ProjekVan10Sen yang kian mencabar terutamanya harga minyak semakin mendadak naik membuatkan diri saya di'trigger' untuk berfikir cara untuk menampung kos gerakan dengan menambah reserve tabung (fund raising) dalam tabung sosial ini.
Saya bercadang untuk membuat kelas bisnes, dimulakan dengan Kelas Membina Rancangan Perniagaan (Kertas Kerja Format Terkini), ini khas untuk para pengusaha terutama yang sudah ada kedai atau sudah lama bertapak untuk mendapatkan suntikan dana daripada pihak pembiayaan sokongan kerajaan terutamanya PUNB, MARA, SME dan lain-lain. Yang belum kedai, tapi mau berjinak-jinak mau buat bisnes skala besar atau yang selama ini jual online tp berfikir mau buka kesai dialu-alukan join.
Banyak ilmu saya boleh ajar, cuma setakat ni material pengajaran yang cukup adalah untuk Membina Kertas Kerja Format terkini ini termasuk template, sample dan calculation sudah sedia ada.
Terima kasih pada pelabur sosial yang senantiasa ringan tangan menyumbang kepada APSR, cuma peruntukan dari poket saya sendiri ditambah dengan pelabur sosial masih belum mampu menampung gerakan yang semakin diperlukan oleh golongan Sasaran. Kini SETIAP HARI, van 10 sen bergerak mengambil dan menghantar pesakit, oleh yang demikian saya mengambil inisiatif untuk mencurah ilmu yang ada bagi menjalankan 'fund rising' ini.
Sesiapa berminat hubungi 0164472994 (whatsapp/SMS)
Kos? RM50/pax (Minimum 7 Orang baru saya boleh gerakkan kelas)
Rm50 tu bersamaan kos sehari transfer maksima 3 pesakit.
Kelas 3 - 5 jam bergantung kefahaman. hanya bawa buku nota, laptop dan pendrive.
Saya yakin dengan kepakaran saya lepas ikut kelas sehari saja kompom buli buat sda kertas kerja sendiri.
Sambil dapat ilmu, sambil memberi sumbangan.
Apa-apa bisnes boleh?
Product & Services
Sekadar berkongsi untuk yang berminat.
P/s: saya juga boleh consult kertas kerja bisnes sehingga peringkat submission, ada apa2 pertanyaan boleh hubungi saya.
**Kelas Berkala, setiap Sabtu, cukup 7 orang, kita kasi jalan**
#DreamBigStartSmall
#DsChzys



Penyelaras :

Achmad Noorasyrul @ DS Chazy

Pejabat Berdaftar:

Amal Prihatin Sabah Resources
Lot 59, Tingkat Bawah, Blok G, Ruang Singgahmata 3, Asia City, Kota Kinabalu, 88000
Kota Kinabalu Sabah

Hotline : +6 016-4472994 (Whatsapp/SMS Sahaja) | Email : amalprihatin.sr@gmail.com




No comments:

Post a Comment