Itu adalah kata-kata pejuang perniagaan sejati, apatah lagi yang sudah muflis dan bangun semula membina empayar mereka.
Saya juga pernah melalui fasa pasca Muflis/Bangkrap pernah rugi bisnes tetapi tidak juga banyak dari orang lain yang sampai ratus juta/billion. Rugi pelaburan rm1.5juta pada umur sebelum 30 tahun memang memeritkan jiwa raga apa lagi mental.
6 bulan seperti orang mau gila, tidak keruan, malah hampir tidak siuman bukan suatu ilmu biasa, bagi saya itulah ilmu tingkat tinggi dalam berbisnes sepanjang nyawa dikandung badan ini.
***
Allah Maha Bijaksana mengatur segala macam hal dunia, sangat tertib dan tidak disangka-sangka karya-Nya. Bangkrap suatu doktrin yang menakutkan (saya sendiri masih sedikit risau JIKA saya gagal lagi kali ini) akan tetapi mencapai kesedaran yang tinggi sebenarnya adalah jalan terpenting untuk memastikan kerisauan itu benar-benar hilang dan meletakkan hikmah Sang Pencipta adalah sebaik-baik jalan yang tidak disangka-sangka selepas macam usaha telah dilakukan.
Kembali pada sang pencipta, menilai semua perjalanan perjuangan, dan bertanyakan sendiri 'apa lagi yang tertinggal'?
Rupanya, sedang kita berusaha malah menikmati kemewahan dunia, ada yang susah sengsara meniti kehidupan, kita yang kaya, leka, lupa akan bahagian mereka yang memerlukan, mungkin itu juga 'ketukan' ingatan untuk kita, harus peruntukkan sedikit hasil usaha kepada mereka yang berhak dan memerlukan.
***
Kata guru, yang utama adalah sekeliling radius terdekat kita, ibu, ayah, isteri/suami, adik beradik, seterusnya radius dijarakkan lagi pada yang memerlukan diluar sana...Insyaallah rezki sebaiknya akan meluas secara bijaksana.
Jadi apakah kebangkrapan akan terus menjadi suatu yang menakutkan? TIDAK, tapi kesadaran yang rendah lebih menakutkan hasilnya sehingga akan terbawa-bawa kepada kehidupan yang menyedihkan dan menyiksakan.
Sekadar menulis.
#DsChzys
No comments:
Post a Comment