Nama : Achmad Noorasyrul
Nama Pena : Ds Chazy
Kisah Sukses :
Seawal
2002 berniaga kecil-kecilan seawal umur 14 tahun, membuat servis
cop/printing baju dan banner menggunakan pelaka, menjual sticker tanpa mesin
cutter (100% manual cutting) dengan pelbagai design, menjual aksesori pengantung
pada bag, menyelengara komputer, khidmat menaip menggunakan Microsoft Word,
dll.
Sekitar
tahun sehingga 2008, masih kekal service yang sama sejak 2002
tapi service telah upgrade kepada graphic design, web design, kejurulatihan
sukan, dll.
Bermula
era 2009-2013, selepas meletakkan jawatan
sepenuhnya dengan syarikat pelancongan berpangkalan di German, mula merancakkan
gerakan 'sole-proprietor' dengan menjadi ‘Freelance Tourist Guide’ sambil
menjalankan perniagaan Budget Eco Resort : Sulaman Eco Resort
terletak di Kg Serusop, Tuaran.
Meletakkan
jawatan sebagai ‘Introducer Broker’ InstaForex berpangkalan di Rusia untuk fokus
pada perniagaan Pelancongan, termasuk tambahan sub bisnes homestay di Taman
Cerah, Gudon termasuk juga membuka kedai Photocopy terletak di 1 Borneo, Ground
Floor. Membuka Pejabat rasmi di Taman Canggih, dan
menjalankan bisnes sewaan pejabat serta konsultant perniagaan termasuklah
membantu para peniaga kecil memulakan langkah pertama perniagaan seperti
membuka lesen niaga tanpa office dll.
2014 membuka sub bisnes untuk dunia
fotografi, videografi dan suntingan, dan terciptalah sebuah syarikat perniagaan
pengurusan acara dan majlis Azalea Concept sambil mengekalkan
momentum bisnes sedia ada.
2015 fasa pengembangan bisnes berdaya
maju, berdaya tahan, berdaya saing dimulakan; masanya menutup atau menggabung perniagaan
sedia ada dalam satu bumbung untuk memusatkan pengurusan sedia ada ke pada satu
tempat di Asia City untuk memudahkan urusan. Sabah Vendors diwujudkan
bagi mewujudkan peluang, ruang serta publisiti kepada peniaga-peniaga kecil
terutama peniaga online/tanpa premis untuk menggalakkan perniagaan fizikal juga
satu wadah perjuangan untuk melibatkan ramai pihak dalam dunia perniagaan.
Salah satu kejayaan Sabah Vendors apabila pernah menjalankan Majlis "Sabah
Vendors Malaysia Day Bazaar 2015" selama 3 hari bertempat di Kompleks
KK Plaza, Kota kinabalu. Ianya telah mendapat liputan RTM, Daily Express dan
Borneo Post serta pelbagai agensi terlibat termasuklah dihadiri oleh Datuk
Jainab Ahmad Ayid, Menteri Pembangunan dan Hal Ehwal Pengguna termasuklah Yang
Di-Pertua Gabungan Peniaga-Peniaga Kecil Sabah.
2016 penghujung tahun dibuka pula Perniagaan
Sosial Pertama di Sabah iaitu Amal Prihatin Sabah Resources yang
mana projek sosial pertama #ProjekVan10Sen diperkenalkan
dengan fokus sambil berniaga, sambil juga beramal. Konsep Perniagaan Sosial
atau ‘Social Business/Social Entrepreneur’ sebagai landasan kepada gerakan amal
dan social ini Tidak setahun jagung gerakan perniagaan social ini telah
mendapat perhatian masyarakat setempat malah dari seluruh Malaysia apabila
telah diberi liputan oleh Portal Berita Online’ Free Malaysia Today’, ‘BHPlus’
dan Surat Khabar Nasional Berita Harian termasuklah liputan
stesen radio ERA FM Sabah. Gerakan sosial ini akan terus dikembangkan
dari semasa ke semasa untuk meluaskan lagi kempen ‘Cinta Kasih Tanpa Batas’.
2018 Mencari ilham di tanah Won, Korea Selatan dengan niat mencari dana, ruang dan peluang untuk menjalankan projek Aplikasi 'on demand', menjalankan kolaborasi Pelancongan dengan pemilik hotel bajet terkemuka di Myeongdong, King Kong Hotel, menjadi Pengurus Hotel malah membuka pakej pelancongan termasuk menjalankan konsultasi, perkhidmatan Runner serta aktivis sosial,
Penghujung 2018 kembali ke tanah air meneruskan impian berbekalkan ilmu di dada dan pengalaman dari Negara Maju, membuka Perniagaan IDOCONTRATOR sebagai perkhidmatan penyelenggaraan, membaiki malah menjual Penghawa Dingin.
Projek RideRunner dijalankan sehingga penghujung 2019, Aplikasi mula 'TEST RUN', mesyuarat bersama Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdaganggan Negeri Sabah telah dijalankan dan akhirnya setelah IDOLEGACY SDN BHD diperbadankan, RideRunner mula diperkenalkan dan beroperasi pada 22hb Februari 2020.
Sepanjang
melalui perjalanan Perniagaan ini telah membawa ramai orang untuk melangkah
dalam dunia perniagaan, mengembangkan bisnes dan kekalkan diri dalam industri
menjadi peniaga/pengusaha berdaya maju, berdaya tahan, dan berdaya saing . Kini perjuangan diteruskan walaupun telah memasuki fasa ke 4 Perintah Kawalan Pergerakan atas isu penularan wabak COVID-19, RideRunner telah mendapat tempat dan menjadi salah satu Frontliners di Sabah menggerakkan ESSENTIAL SERVICE menghubungkan peniaga dan pengguna tanpa perlu keluar rumah.
Tidak
habis di sini, skrip kehidupan akan terus mencatatkan sejarah yang terbaik
untuk masa akan datang semoga turut memberi manfaat kepada masayarakat
sekeliling.
No comments:
Post a Comment