Sunday, September 9, 2018

Beza Karakter orang Bisnes vs Usahawan jika di terjemah dalam kehidupan - Caps

Kupasan dari Penulisan Buku saya; Strategi Langkah Pertama Perniagaan.

***

Perbezaan ketara karakter orang bisnes dan orang usahawan bila diterjemahkan dalam kehidupan adalah;

***

Orang bisnes :

1. Buat sesuatu mesti dapat untung atau suatu hari akan 'guna' orang tersebut kerana kita sudah tolong orang itu sebelum ini, cara mau guna semua dengan mengungkit apa kita pernah tolong orang tersebut

2. Buat sesuatu mesti ada timbal balik, seperti maksud di atas termasuklah rancangan masa hadapan. Bersusah-susah kerana tahu di hadapan pasti banyak 'timbal-balik' akan berpihak pada diri

3. Dilihat Menolong orang tapi sebenarnya 'dibisnes'kan ungkapan 'tolong' dengan adanya transaksi 'timbal-balik' atas dasar tolong

4. Sentiasa menghadapi masalah kehidupan, akan tetapi akan dapat diselesaikan dengan 'transaksi/wang', maka selesai masalah, tetapi tiada penambahbaikan dimasa akan datang. Ia akan menjadi 'cycle of life' dalam kehidupan si pem'bisnes'

5. Solusi sentiasa wujud dalam jangka pendek, maka kerumitan sentiasa berlaku dalam jangka panjang

6. Sentiasa berkeinginan tinggi untuk melakukan terbaik dalam kehidupan, tapi langkah dibuat adalah berjangka pendek, akhirnya impian semakin bertimbun, hanya seketul dua yang tercapai.

7. Meletakkan orang lain sebagai solusi, sentiasa cuba lari dari masalah, berisiko menyusahkan orang lain demi kepentingan diri sendiri.

***

Manakala, berbeza dengan Usahawan/Pengusaha;

1. Buat sesuatu untuk manfaat semua tanpa perlu timbal balik

2. Bersusah-sudah dulu kerana tahu masa depan ramai akan dapat manfaat

3. Menolong bermaksud percuma, bisnes bermaksud wujud transaksi kewangan/ timbal balik.

4. Sentiasa upgrade solusi untuk menyelesaikan permasalahan kehidupan. Masalah hutang, stop berhutang dan bayar hutang. Masalah kewangan, stop over-spending start menyimpan, masalah masa, stop over time lepak, fokus susun masa menjana manfaat bisnes, diri dan keluarga, masalah cinta? Kawin terus 😂

5. Solusi jangka panjang yang terlihat orang pasti seperti membazir contohnya buang masa sambung study pada kemahiran/ilmu pengetahyan sesuatu perkara, buang duit mencipta kemudahan (contohnya beli kereta 2nd hand untuk kemudahan diri dan keluarga walau masa tu ada kereta lain), mengatur peluang dan ruang untuk orang lain juga berjaya seperti diri sendiri (bermakna orang akan berhenti minta tolong kerana mampu berusaha)

6. Sentiasa berimpian besar dan sentiasa capai banyak impian walaupun bukan semua tetapi sentiasa bersifat jangka panjang

7. Meletakkan diri adalah penentu keputusan, penyelesai masalah, pengendali isu, dan tidak mahu menyusahkan orang lain.

***

Sekadar menulis, refresh isi dalam buku saya yang belum kunjung tiba siapnya 😂. Saya masih belum berpuas hati dengan isi nya.

Semoga bermanfaat. Tulisan terbuka untuk hati yang terbuka.

#Caps

No comments:

Post a Comment