KOTA KINABALU : Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamed telah berucap di Majlis Sambutan Hari Malaysia peringkat Kebangsaan di Kota Kinabalu,Sabah; isi ucapan beliau adalah seperti berikut;
1. Sabah dan Sarawak adalah RAKAN SAMA TARAF Persekutuan Tanah Melayu
2. Tun M AKUI, Status Sabah dan Sarawak DITURUNKAN menjadi setaraf negeri-negeri Persekutuan Tamah Melayu
3. Ungkapannya beberapa kali '3 Wilayah' ; Sabah Sarawak Malaya
4. Mengaku 'lari dari landasan' dan berjanji PH akan menganggat semula Perjanjian Malaysia 1963 / MA63 selepas KAJIAN DISIAPKAN
5. Memberi 'friendly reminder' kepada pemimpin Sabah dan Sarawak supaya menuntut hak dengan menitip SEMANGAT SETIA KAWAN
6. Memberi 'rasionalisasi' bahawa selain Sabah dan Sarawak memerlukan keutamaan, terdapat NEGERI dalam Malaya perlukan sokongan berterusan
7. Berjanji akan mengutamakan pembangunan Sabah dan Sarawak
8. Sambil mengatakan Sabahan dan Sarawakian yang masuk ke Malaya TANPA SEKATAN, menjadikan hubungan yang baik antara 3 wilayah
9. Masih mengangkat HARI KEBANGSAAN MALAYA sebagai Malaysia
10. Menyebut 2 fakta 60 tahun dan 55 tahun
11. Menyebut SINGAPURA TER-KELUAR dari Malaysia
***
Silakan menilainya.
***
Komen saya,
Harapan terlalu mengunung ditaburkan, Masa = Duit, semakin lama masa untuk diRESTORE semakin banyak hasil Sabah dan Sarawak di sedut berterusan oleh Kerajaan Pusat.
Apapun saya mengucapkan TAHNIAH kepada Tun M kerana berucap tentang KEBENARAN dan Pengakuan tentang status Sabah dan Sarawak.
Ini bermakna sekaligus menunjukkan rakyat seperti saya yang bersuara selama ini adalah BENAR, dan terbukti dilihat RAMAI rakyat Sabah sendiri membenci apabila aktivis bersuara tentang KEBENARAN.
Harus diakui Sabah masih ramai penjual maruah, semasa sejarah baru ini ditulis, selama itu suara kebenaran akan diteruskan.
***
Ini yang dipanggil PROGRESS, berbeza bersuara sjak dari 2012 lalu kita dipanggil pemberontang/berpaling tadah malah diugut akan ditangkap jika bersuara apa lagi menyentuh 20 Perkara dan Perjanjian Malaysia 1963.
Ucapan ini juga sekaligus membuktikan, bersuara walau apa medium tetap akan ada PROGRESS, hanya penjilat dan penjual maruah akan merendahkan usaha suara rakyat Sabahan sejati.
Paling terang dilihat adalah, tidak ramai sanggup berkorban untuk angkat semula Sabah ditempat asalnya walau diugut keselamatan diri serta keluarga.
Salam Hari Malaysia.
God Bless Sabah.
No comments:
Post a Comment