Sunday, July 1, 2018

Isu Pendatang Tanpa Izin di Sabah : Apa Kerajaan Seharusnya lakukan - Caps

Nda perlu bagi pas pekerja, nda perlu ic Sabah, nda perlu apa-apa melainkan hanya perlu:

1. KONSISTEN MEMBUAT SERBUAN

2. ?embuat pengawasan HOTSPOT PTI (pasar, ladang, rumah setinggan dll)

3. Meletakkan gerombolan anggota keselamatan di banyak tempat, buat port anggota keselamatan di kebanyakan tempat utama laluan tikus yang dikenal pasti.

4. Meletakkan penguatkuasa di pusat perhentian bas jarak jauh

5. Random check bas, lori serta kenderaan peribadi yang melalui sesuatu kawasan Hotspot seperti di Batu 32, persimpangan Semporna/Tawau, keningau/kalabakan, tongod/keningau, tambunan/ranau, kota belud-/pitas/sapi nangoh, tenom/sipitang

Kaedah seperti ini akan membuatkan pergerakan PTI terbatas akhirnya samada akan menyerah diri mahupun yang mau datang berfikir beribu kali.

Bayangkan seorang PTI mampu bergerak dari tawau hingga ke sipitang tanpa perlu rasa takut kerana kurangnya penguatkuasaan ini.

Jangan sampai Warisan di Cop sebagai UMNO 2.0 kerana menggunakan kaedah BN UMNO sekian lama yang tidak mampu menyelesaikan masalah Sabah.

Belajar dari Filipina, Presidennya menggunakan sepenuh kekuasaan anggota keselamatan untuk menangani isu dadah, jadi apa salahnya menggunakan anggota keselamatan menangani PTI, bukan kita tangkap dan bunuh, tapi kita HANTAR MESEJ bahawa SABAH BUKAN MACAM DULU LAGI.

Think

#Caps

No comments:

Post a Comment