Apapun berlaku kita kena terus hepi, senyum, pasrah dan meneruskan apa sahaja apa yang direncanakan.
.
Mengekalkan energi positif bukan suatu perkara mudah jika tidak biasa menjalaninya.
.
Pelbagai rintangan sentiasa berlaku oleh dan dilalui oleh setiap manusia
.
Bezanya ada yang merasa berat, ada yang merasa santai, ada merasa bala, ada pula merasa nikmat.
.
Segalanya adalah dari penglihatan zahir batin kita sendiri untuk melihat serta lalui apakah jenis kehidupan yang ingin kita lalui.
.
Apa saja Kondisi Kehidupan adalah apa yang kita fikir dan ciptakan setiap hari kerana kita adalah pengemudi hidup kita sendiri.
.
Orang yang tidak kuat akan sentiasa hanyut dalam arus kehidupan yang deras sehingga diri merasa dihimpit, lemas terkulai layu bila saja ada sesuatu yang berlaku dalam hidup terutamanya ujian 'kesusahan' hidup.
.
Manakala yang kuat akan terus berkuasa pada diri, sentiasa berpaksikan pada diri sendiri yang akan menentukan hala hidup sehari-hari sebagai seorang yang mandiri.
.
Apapun perspektif diluar sana, biar orang menghakimi kita, jangan merasa hancur bila orang mula mengata sesuatu terhadap kita, orang boleh kata apa saja dengan kita, yang penting diri kita berdiri teguh tanpa perlu meminta perhatian tapi secara automatiknya orang lain memberi perhatian pada diri kita kerana orang kuat sentiasa dilihat diatas.
.
Bukan kerana materialnya, bukan kerata kehensemannya, bukan kerana keturunannya, tapi kekuatan diri terutama mengawal minda dan kehidupan diri yang membawa kepada perubahan positif dari semasa ke semasa. Itulah yang 'rare', apa lagi perubahan itu juga mampu memberi inspirasi pada segelintir yang melihat kita, nyata memberi manfaat untuk sama-sama maju dalam kehidupan secara tidak langsung.
.
Tidak perlu diangkat, tidak perlu masuk dalam news, tidak perlu viral, tetapi 'life script' kita akan sentiasa menjadi bualan kerana kekuatan kita memerdekakan diri dan fikiran sehingga membentuk peribadi yang ampuh dan mapan sesuai menjadi contoh pada masyarakat sekeliling.
.
Sekadar menulis.
#Caps
No comments:
Post a Comment