Sunday, July 15, 2018

Bina Negara Bangsa Bukan Pada Sentimen Perkauman - Caps

Zaman sekarang apa saja kelakuan dibuat jangan terburu-buru membuat tindakan sehingga mengundang fitnah apa lagi salah fahaman/interpretasi kepada masyarakat.

Kita berjuang betul pada tujuan masing-masing, seharusnya ada nilai yang harus di sebarkan bukan pada suatu maksud yang mewujudkan kebencian.

***

Salah fahaman ini tidak boleh disalahkan kepada orang luar, ianya harus disalahkan pada diri sendiri dahulu.

Masalah harus dilihat sumbernya sebelum ingin menyelesaikannya.

***

Jadi isu Sabah, pasti ada sumbernya.

Isu perjuangan juga pasti ada sumbernya.

Isu perkauman pasti ada sumbernya

***

Perbezaan ini banyak dan ramai yang salah faham apa lagi yang confuse atas perjuangan sendiri.

Mahu menjadi 'keras/radikal' biar alang-alang.

Sekadar cakap, orang tidak akan respek

***

Gerakan yang dijalankan oleh si pengemudi amat gentleman, malangnya pengikut seperti gamak perkauman, itu juga mampu calarkan nama pengemudi itu sendiri.

Itu yang saya cuba sampaikan selama ini.

***

Selepas PRU14, segalanya dilihat berbelah bahagi, perjuangan dihina, nama di calar apa lagi gerakan direndahkan kerana ada bahana si lalang dan penyu membuat onar atas nama perjuangan.

Perkauman adalah isu sepanjang zaman, ia tetap negatif walau perjuangan diangkat secara holistik.

Melainkan jika ada pejuang rebellion di Sabah, itu semestinya kerja mereka untuk mendapatkan hak secara kasar dan tidak diterima oleh masyarakat dunia dengan mengangkat perkauman.

***

Perjuangan secara perkauman tidak akan lama, UMNO sendiri gah berdiri roboh se Malaysia. 60 tahun sudah cukup merobohkan suatu yang berdiri teguh, inikan kita pula yang masih merangkak membina Negara Bangsa sendiri.

***

Saya percaya pasti ada cara lain melainkan menyuntik PERKAUMAN dalam memperjuangkan Hak Sabah.

#Caps

No comments:

Post a Comment