Tuesday, August 28, 2018

Tahniah pada Penjual Maruah Sabah - Politahi dan Politikus

Saya harap dengan saya bersuara pasal PEMBOHONGAN TERANCANG dengan menggunakan nama 'Hari Kebangsaan' ni dapat kurangkan rakan atau followers yang nda setuju dengan saya.

Kerana mesej saya jelas, Sabah tidak sujud pada Malaya, Sabah tidak menyambut hari Merdeka Malaya di Tanah Sabah kerana Sabah bukan Tanah Melayu.

Yang menyokong Sambutan Merdeka Tanah Melayu di Sabah saya ucap tahniah kerana sanggup menggadai sekian kalinya maruah Sabah.

Saya tidak sanggup melihat begitu ramai rupanya pendokong Tanah Melayu di radius saya yang mengangkat Hari Kebangsaan Tanah Melayu.

Malaysia bukan Malaya.

Walaupun saya tahu Malaysia adalah Projek Penipuan terbesar sebagai suatu PERSEKUTUAN PENIPU-JAJAH Sabah dan Sarawak.

Sabah belum merdeka, Sabah hanyalah sebuah tanah yang besar tapi dijajah oleh Tanah yang sama saiz dengan Sarawak.

Hinanya Sabah masih ada politahi yang sampai bila belum pupus untuk terus jual maruah Sabah.

#Caps

No comments:

Post a Comment