Saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan pada Kerajaan Malaysia baharu atas beberapa dasar baru yang memberi manfaat pada semua rakyat Malaysia.
Selaku aktivis non partisan, saya bersedia menyokong dan membangkang apa saja dasar yang dibuat untuk rakyat mengikut lunas undang-undang yang diperuntukan iaitu HAK KEBEBASAN BERSUARA.
Saya tetap bersuara dan memberi edukasi pada rakyat Sabah betapa pentingnya menuntut hak Sabah yang sebenar. Jangan mudah bersyukur dengan pemberian secara keseluruhan. Rakyat Sabah mahupun Sarawak mempunyai hak yang tertinggi yang tidak boleh disangkal oleh mana-mana peruntukan undang-undang.
Walaupun secara kumulatif, dasar Kerajaan baharu dilihat sangat mengutamakan serta memberi manfaat pada rakyat, tetapi dari segi perpektif keperluan dan hak Sabah, kita SABAHAN masih sangat jauh ketinggalan.
Diharap Kerajaan Baharu mampu memberikan yang terbaik serta melunaskan janji-janji kepada Sabah mahupun Sarawak, dan yang pastinya Rakyat Sabah kini mampu membuat perubahan seterusnya, jika Rakyat Sabah mampu MUAK pada pemerintahan dan janji BN UMNO, rakyat Sabah juga mampu MUAK dengan pemerintahan serta janji PERSEKUTUAN MALAYSIA melalui Perjanjian Malaysia 1963.
Bubar Malaysia atau Angkat MA63.
#Caps
No comments:
Post a Comment