Sunday, June 3, 2018

PENARIKAN SENARAI HITAM DAN SEKATAN PERJALANAN LHDN DAN PTPTN BERKUAT KUASA SERTA MERTA 1 JUN 2018

KOTA KINABALU: Berita baik pada mereka yang telah disenarai hitamkan malah disekat perjalanan ke luar negara samada akibat hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional -  PTPTN mahupun Lembaga Hasil Dalam Negeri - LHDN.

Bermula 1 Jun 2018, Kerajaan Malaysia pimpinan Pakatan Harapan telah mengeluarkan surat pekeliling dimana penarikan sekatan dan senarai hitam berkuat kuasa serta merta.

Ianya berkuat kuasa untuk seluruh Malaysia (Pintu Masuk Semenanjung, Sabah dan Sarawak) SEHINGGA DIBERITAHU KELAK.

Walaubagaimanapun mengikut perkara 4 dalam surat pekeliling LHDN kepada Immigresen, jika terdapat mereka yang masih senarai hitam didalam sistem, tidak akan ada sekatan dilakukan. Pihak Immigresen Malaysia akan mengeluarkan nama secara berperingkat.

Ini adalah satu keputusan yang baik bagi kerajaan baharu di mana memberi peluang pada mereka yang disenarai hitamkan untuk keluar negara me cari nafkah seterusnya mampu melunaskan hutang mereka samada PTPTN ataupun LHDN secara berperingkat.

Oleh itu, rakyat Malaysia sila ambil peluang ini untuk melakukan yang terbaik BANTU Malaysia Baru dengan membayar hutang-hutang anda. Hutang anda adalah pendapatan Negara.

#Caps

No comments:

Post a Comment