Penentuan Gaji Minima di Sabah harus difikir sedalam-dalamnya. Perlu ada pengkelasan perniagaan dan sektor gaji tertakluk pada kapasiti keuntungan sesuatu perniagaan.
Kalau gaji minima RM1,500 di Sabah saya setuju tapi haruslah dikenakan pada syarikat yang mempunyai keuntungan setahun sekitar rm500,000 ke atas.
Bagi syarikat/perniagaan tunggal yang berpendapatan kurang dari RM500,000 setahun (sekitar rm150k - RM300k) saya pasti ramai akan bungkus jika menggajikan pekerja mereka rm1,500 sebulan.
Antara faktor ketidak-mampuan ini kerana; sewa premis di Sabah MAHAL, bahan mentah mahal, utiliti, parking, kos operasi serta kuasa beli yang tidak sebegitu kuat berbanding mereka yang berniaga di Malaya.
Gaji tinggi itu baik, tapi bukan semua peniaga/syarikat mempunyai untung besar dan mampu menggaji ke semua pekerjanya minima rm1,500 sebulan. Belum masuk EPF dan Socso.
Kebanyakan peniaga kecil-kecilan bukan kedekut mau gajikan pekerjanya, untung berapalah sangat, lagi-lagi kalau terdapat pekerja yang tidak bagi untung sama peniaga. (Tidak produktif)
Sekadar pandangan, saya percaya ramai peniaga kecil yang risau.
#Caps
No comments:
Post a Comment