Thursday, October 23, 2014

Visit Sabah Borneo : Green Connection (Taman Akuaria versi Sabah)

Just Sharing.
Hari ni bawa student hospitaliti Guest Service Operarion KYS untuk ambil pengalaman melawat tempat menarik di Kota Kinabalu.
Suprisingly students tidak tau kewujudan akuarium besar di Kita Kinabalu (ala-ala Aquaria di Klcc). Saya percaya masih ramai orang Sabah nda tau ada akuarium sebesar ini selain akuariim di UMS.
Green Connection terletak di jalan cetak bersebelahan dengan Wisma Wanita Kota Kinabalu, di dalamnya ada macam-macam pameran haiwan akuatik dan laut dalam juga ada "feeding demonstration" sama macam aktiviti di Aquaria KLCC.
Entrance Student rm12, Dewasa rm25, lagi berbaloi bila datang mau dekat-dekat masa "feeding time".
Feeding time : jam 11.30am dan 4 PM
Satu lagi yang menarik, dia punya staff akan buat "guided tour" di sekitar tempat tersebut. So banyak information yang kita akan belajar sebab akan ada 2-way communication and sharing..
Apa lagi?? Sila lah bertandang ke sini untuk "Support our Local Product". :-)

1 comment: