Kerajaan Persekutuan memungut berbillion ringgit saban tahun hasil dari Negara Sabah, akan tetapi kerajaan ini tidak mampu menyediakan paip untuk menyalurkan air bersih ke seluruh Sabah terutamanya di kawasan pedalaman. Ironinya pulau gaya yang begitu dikenali sebagai oenempatan majoriti pendatang asing tanpa izin (PTI) mampu dibelanjakan jutaan ringgit untuk menyalurkan air bersih menggunakan air paip dasar laut untuk kegunaan harian mereka. Yang menghairankan pula, mereka ingin menyalurkan air ke pulau gaya sedangkan mereka tahu dan mempunyai rancangan untuk memindahkan orang pulau gaya ke perumahan percuma di Kinarut.
Yang menyedihkan adalah kerajaan persekutuan melayan rakyat pedalaman Sabah seolah-olah orang yang hanya layak meminum air tadahan hujan dengan memberikan tangki biru kepada yang berkenaan. Kesialan apakah ini? Adakah nilai nyawa dan hak orang di Malaya lebih penting daripada orang Sabah? Kenapa perlu "double standard" dalam menguruskan kebajikan rakyat Persekutuan Malaysia? Tidak bolehkah di Malaya dapat saluran paip dan air bersih, di Sabah juga mampu mendapat hak yang sama rata?
Jika di Malaya tiada air dalam 1 hari, ribut 1 Malaysia berita tiada air terutamanya jika berlaku di negeri pembangkang seperti krisis air di Selangor baru-baru ini.
Di Sabah, masih ramai yang tidak mendapat bekalan air bersih dan terpaksa mengharapkan hujan atau air sungai sebagai keperluan harian akan tetapi media tidak cuba mengupas isu ini dan membiarkan orang Sabah hidup dalam keadaan serba kekurangan dan ketinggalan zaman..
Malaysia ingin mengejar status maju pada tahun 2020 yang mana hanya 6 tahun lagi, apakah perkiraan "maju" yang dimaksudkan Malaya itu sebenarnya..adakah Maju Malaya atau Maju seMalaysia?
51 tahun Malaysia tercipta, hampir separuh abad dan berBillion harta Sabah menyumbang kepada Malaysia...janji sama-sama maju tergadai, rupanya ditipu janji bulan dan bintang dek kesialan yang sang penipu yang licik menjual harapan atas nama Malaysia.
Apakah perlu lagi Malaysia untuk Sabah?
Perlu ingat, Malaysia projek merugikan Borneo. Sudah sampai masanya kita sebagai rakyat Borneo bersatu dan membuat keputusan untuk berpisah dan sama-sama berdiri teguh memajukan tanah sendiri..Berhenti menyumbang kepada Malaya, kerana yang maju hanyalah Malaya, yang kaya hanya Malaya, yang mendapat faedah yang banyah hanyala Malaya dan rakyatnya..
Jadi kita apa?
Kita bukan siapa-siapa di Malaysia..
Dan Berpisah dengan Malaya itu adalah suatu perkara yang wajib kerana projek Malaysia sudah gagal dan kita berhak memilih untuk mengemudi tanah tumpah kita sendiri tanpa berkkngsi sesen pun harta kita kepada orang luar apatah lagi penjajah.
Sama-sama kumpulkan tandatangan petition supaya isu ini akan diabgkat tetus ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan perjuangan kita SAH disisi undang-undang antarabangsa. Jangan takut, ayuh terus mara kehadapan, teruskan mendidik rakyat tentang keperluan menyedari hak kita yang selama ini sedang terhakis dan dirampas..
Sabah for Sabahans.
No comments:
Post a Comment