Thursday, November 13, 2014

"Teruskan Perjuangan!!"

Dalam menyuarakan hak rakyat Sabah, elakkan untuk memberi kenyataan berbaur provokasi, bicara atas fakta sahih yang ada, berbincang dengan berhemah dan komen mengikut kesesuaian topik. (Kalau keluar topik kompom kena salai.)
Sebagai penyuara hak denyutan nadi rakyat Negara Sabah, jangan terperangap dengan picu-picu kemusnahan yang di lemparkan oleh pihak-pihak yang "panas punggung" dengan pejuang nasionalis Sabah. Mereka akan cuba sedaya upaya mencari kelemahan atas mana-mana kesilapan yang timbul oleh mana-mana pejuang dan penyokong pejuang nasionalis yang nyata semakin lama semakin ramai mengambil bahagian.
Terus terang perjuangan ini tidak dibayar, ia tergerak sendiri jika mempunyai naluri jati Sabahan yang nyata hak kita sedang dihakis oleh kerakusan regim Malaya den sekutunya terutama orang-orang kita sendiri di dalam Sabah ini sebagai parasit demi memuaskan nafsu dan memenuhkan poket mereka tanpa memikirkan masa depan keseluruhan Negara Sabah.
Apapun, teruskan kehidupan dengan aktiviti rutin anda, jangan sehingga menggadaikan seluruh hidup untuk berjuang secara radikal demi mengangkat martabat negara Sabah. Yakinlah satu hari nanti akan ada kejayaan, perjalanan sememangnya dilihat panjang, tidak mustahil dengan usaha menyebarkan fakta dan pendidikan tentang hakikat sebenar serta status Negara Sabah, pastinya semakin lama semakin ramai akan bangkit terus menerus sehingga sempurna.
Jangan putus asa, kita berjuang dengan steady, sikit-sikit dari mula-mula dulu dan memang nyata dapat dilihat perkembangan saban tahun sehingga hari ini semakin ramai rakyat Negara Sabah membuka mata tidak kita tua dan muda malah yang masih dibangku sekolah telah keluar dari doktrin lama. Walau banyak pejuang datang dan pergi, fitnah sana sini, memburuk-buruk antara satu sama lain, itu adat biasa dalam perjuangan, hanya pejuang yang telus dan sejati akan merasakan nikmat sebagai pejuang nasionalis negara sabah.
Apa saja ungkapan, hanya satu sahhaja yang patut disimpan didalam semangat yang membara..."teruskan perjuangan!!"..
Sabah for Sabahan
SSKM

No comments:

Post a Comment