Saturday, June 2, 2018

Kota Kinabalu: Pesakit Buah Pinggang Memerlukan Bantuan Pengangkutan ke Hospital - Caps

Saya dapati, antara pesakit yang sangat-sangat memerlukan perkhidmatan pengangkutan percuma adalah majoritinya pesakit yang menghidap Sakit Buah Pinggang dan memerlukan rawatan Dialisis 3 kali setiap minggu.

Bayangkan 3 kali seminggu ini tiada hentinya kecuali pesakit sudah sembuh dengan mendapatkan buah pinggan yang baru ataupun pesakit telah meninggal dunia. Berapa banyak kos mereka perlukan setiap minggu untuk hanya mensapatkan rawatan Dialisis ini.

***

Agak ramai yang tidak mampu ke hospital secara kerap untuk menerima rawatan, dan akhirnya ada yang akur untuk 'pasrah' dan 'menunggu masa' di rumah.

Pesakit buah pinggang di Sabah terlalu ramai, selain kos pengangkutan, kos ubat-ubatan malah kos rawatan dialisis itu sendiri menjadi bebab kepada mereka.

***

Yang mempunyai pekerjaan yang baik tiada masalah untuk support diri sendiri, yang mempunyai keluarga yang prihatin, anak-anak yang sudaj dewasa dan bekerja juga antara faktor sebahagian psakit mampu terua meneruskan kehidupan dengan mendapatkan rawatan dialisis secara konstan.

Saya tidak mampu melakukan semua sekali (membantu menghantar secara percuma) kepada mereka yang memerlukan, saya hanya mampu hantar semampunya sahaja.

***

Mungkin ada dikalangan anda masih prefer dengan #ProjekVan10Sen daripada #PoketAmalAPSR, saya mempertimbangkan untuk membuka semula Projek (tidak bercampur dengan poket amal apsr) ini semata untuk memberi manfaat kepada mereka yang kerap ke hospital apa lagi mereka yang tiada kemampuan khasnya para pesakit buah pinggang yang tidak berkemampuan.

Saya masih berurusan dengan Pengurus APSR Sabah, dan keputusan ini memerlukan sebulan lagi untuk diputuskan. InsyaAllah Tabung khas untuk ke Hospital atas nama Projek Van 10 Sen alan dilaksanakan.

Semoga ada manfaatnya.

Ds Chazy
Penyelaras
#AmalPrihatinSabahResources
#Caps

No comments:

Post a Comment