Thursday, May 31, 2018

Malaysia dan Sabah Baharu : Semua rakyat terbuka untuk bersuara - Caps

Era 'Malaysia Baru' dan Khasnya 'Sabah Baru', semua orang bebas mengkritik samada dari Pembangkang kepada Kerajaan, Kerajaan sesama Kerajaan, dari ahli Parti lain kepada Parti Pemerintah, atau sesama ahli parti, apa lagi dari rakyat sesama rakyat, dari perjuangan sesama perjuangan serta sesama ideologi mahupun yang bertentangan.

Terima hakikat landskap pemikiran rakyat tentang Politik sudah mendapat aras yang baharu, semua orang BOLEH MENGKRITIK kerana itu juga antara sumber 'check & balance' supaya yang memerintah ataupun yang mendominasi tidak mampu memanipulasi apalagi salah guna dalam menjalankan tanggungjawab mereka kepada rakyat.

Yang hanya saya tidak boleh terima, saki baki manusia yang suka mengkritik menyentuh peribadi apa lagi suka mengumpat dibelakang orang lain tidak jauh dari amalan makhluk bernama Macai BN UMNO.

Paling sedih yang selama ini mengaku Pejuang Rakyat, rupanya sudah merubah bentuk jadi makhluk hina setaraf macai BN UMNO ini.

Malaysia Baru dan Sabah Baru tiada sudah istilah 'shut up your mouth and OBEY', senang saja melihat saki baki cara hina longkang najis perangai Macai BN UMNO suka menyuruh orang tutup mulut untuk meluahkan kebenaran apa lagi menyampaikan pemikiran rakyat secars terbuka.

Hati-hati di mana anda berpijak, jangan sampai anda yakin di mana anda berada tapi orang lain tetap mrlihat anda tidak lain hanya lalang yang menunggu diri ditebas.

#Caps

No comments:

Post a Comment