INI LIFE SKRIP SAYA.
***
Saya mula ceburi bidang perniagaan skala besar secara serius seawal sekitar penghujung 21 tahun. Saya mempunyai rumah pertama seawal umur 23 tahun. Saya miliki hartanah ke 5 selewat umur 27 tahun.
***
Saya bantu bawa beberapa usahawan ke pentas perniagaan sebenar seawal umur 23 tahun. Saya jalankan bisnes sosial tanpa sedar sejak sekitar 8 tahun lalu yang berkaitan dengan pembangunan Usahawan.
Saya suka bagi benda percuma, saya banyak bagi lesen perniagaan percuma, sebelum satu masa saya sedar, bukan semua benda percuma akan dihargai, maka saya memberi caj minima untuk teruzkan niat membantu mereka yang ingin memulakan langkah pertama perniagaan.
***
Dalam bisnes jatuh bangun itu perkara biasa, bila saya cerita di atas seolah-olah senang saja untuk capai semua ni.
TIDAK. MAAF. Cerita perjalanan bisnes tidak semuanya indah, saya pernah depresi/tekanan beberapa kali, paling lama pernah saya lalui adalah 6 bulan, sebelum saya bangkit semula melawan ujian-ujian yang direntangkan oleh Tuhan untuk saya.
***
Saya pernah hampir selangkah diambang kebankrapan dalam umur yang sangat muda, pernah ditipu ribuan ringgit, dimanipulasi, depermainkan, dipergunakan, di'pakai' bila perlu dan macam-macam lagi laluan berjumpa karenah manusia.
***
Sampai satu tahap, saya sedar, saya harus kembali ke akar umbi, bantu mereka yang memerlukan. Mungkin saya sangat 'gila' dalam mengejar keuntungan dan pelaburan, jiwa dan darah muda terus menerus merancakkan usaha ini.
Ujian getir saya lalui apabila saya tiada apa-apa tinggal, sesen pun tiada, saya hampir merempat, rumah dan harta benda hampir ditarik atau ada yang terpaksa dijual. Ia akibat ujian yang saya anggap 'kurnia' Tuhan memberi tamparan hebat pada saya untuk sedar, saya sudah capai segala impian saya, kenapa harus kejar lagi, saya sedar, memberi manfaat kepada orang lain adalah jalan keluar dalam mengejar kebahagiaan dunia dan akhirat.
***
Maka saya wujudkan Amal Prihatin Sabah Resources, dan projek yang pernah tersebar seluruh Malaysia dengan liputan pelbagai media nasional, #ProjekVan10Sen.
***
Saya tiada apa lagi ingin dikejar, melainkan hanya menikmati apa saja kehidupan yang ada, sambil terus menerus membawa cahaya setiap mana tempat saya tujui. Saya tidak haus publisiti, saya tidak haus perhatian, tapi dengan media sosial ini adalah medium utama saya untuk sebarkan inspirasi, pendidikan malah semangat untuk mereka yang menghargainya.
***
Saya bukan siapa-siapa, saya tetap Chazy yang dulu, saya tetap akan bersuara untuk rakyat Sabah, walau jika ada yang cuba tutup mulut saya mahupun cuba mengganggu keselamatan saya, mengugut saya, saya tidak kisah. Saya tidak dibayar apa-apa, saya buat kerana saya pernah susah dan saya mahu anak cucu cicit saya kelak, tidak sesusah saya. Apa lagi jika ditindas, saya tidak akan benarkan.
***
Saya tidak perlukan approval sesiapa untuk apa saja saya buat, saya tiada hutang apa-apa, dan saya mampu membiayai diri saya sendiri dengan perjuangan dan laluan hidup saya, tanpa perlu belas orang lain.
***
Apapun, ini hanya sekadar perkongsian peribadi, saya memang masih muda, tapi saya sudah lalui kehidupan orang yang sudah laluinya dulu (kebankrapan dan bangkit semula). Jadi kamu tahu apa rasa dia bila lalui level hidup seperti ini? Level TIDAK KISAH saya sangat tinggi. I do what i want to do, i havo no boss, i have no protocol.
Jadi, cara saya, cara saya, cara kamu, cara kamu.
Kita semua tetap hebat pada level masing-masing selagi kita bergelar manusia.
***
Terima kasih yang sudi habis baca.
Terima kasih yang sudi habis baca.
Sekian
#Caps
P/s: Gambar sebelum saya dapat lesen Pemandu Pelancong Nasional (English & Korean), (setahun lebih sebelum fulltime bisnes).
No comments:
Post a Comment