a) Jadikan hanya 1 ATM card sahaja yang mempunyai fungsi 'debitcard', paling penting jangan guna Kad ATM akaun gaji/masuk untuk bisnes (sole-prop).
Kad-kad atm yang lain harus :
1. Off fungsi debit card
2. Off fungsi Online payment
b) Batalkan Semua Kad kredit ATAU convert semua available balance kepada EMAS, swipe guna pakej tanpa interest, so bayar hutang CC sebagai maksud 'simpan dan lupa - emas'.
c) jual semua kereta yang masih ada ccm, beli satu kereta (jimat minyak) cash
d) Masuk AKPK, (selepas convert loan/CC kepada emas) dan berhenti berhutang, start bayar hutang sedia ada dengan pelan pembayaran AKPK.
e) Usahakan ada rumah sendiri, berhenti sewa rumah dari bayar sewa bagus bayar ccm rumah sendiri.. (btw kalau ada CC, rumah boleh la loan biasanya), cuba yang terbaik gabung nama, suami/isteri, adik beradik dll
f) simpan dan lupa, ada duit..simpan..dan jangan cuba ingat amaunnya..berhenti terima statement bank/investment..keep funding and forgetting. (ASB/FD/Insurance/Mutual investment/Education etc)
g) Cari bisnes 'duit harian' - kedai runcit, reload, menjahit, troubleshooting, baking, teaching dll
Berhenti membina 'fame' / ego melalui material hutang, tidak akan bawa diri ke mana, sebaliknya teruskan kehidupan dengan kesederhanaan.
***
Risiko jika lakukan perkara di atas :
i. Merasa kesempitan 3 - 6 bulan (selagi mindset belum ditukar)
ii. Merasa nda special di mata orang sekeliling
iii. Dipandang serong oleh masyarakat, kerana anda dilihat 'backward'
iv. Tekanan jiwa disebabkan banyak kebiasaan disekat demi kebaikan masa akan datang.
***
Kelebihan melakukan syor di atas :
i. 'Peace of mind', ada simpanan emas tulen/ada rumah, hutang pun ringan dibayar, bank tidak kejar-kejar
ii. 3 bulan pertama akan mampu melihat lebihan duit (surplus) yang sebelum ini dibelanjakan melalui online shopping/debit swiping
Simple but tough, hanya mindset yang harus diusahakan untuk menjalani 'cara hidup' baharu seperti ini, pastinya yang berusaha sentiasa akan mendapat kejayaan.
Sekadar menulis.
#DsChzys
No comments:
Post a Comment