Saturday, June 26, 2021

RIDERUNNER & AMAL PRIHATIN SABAH MENYUMBANG 100 KON KESELAMATAN KEPADA PDRM KOTA KINABALU - 12 JUNE 2021

Alhamdulillah, syukur nikmat dikurniakan Allah SWT kerana kita berpeluang menyerahkan sumbangan 100 unit kon, 50 katon minuman dan 1500 helai Mask di Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu (Bangunan IPD Baru, Kepayan)
.

Kita juga menyerahkan MEMORANDUM CADANGAN bagi memohon pertimbangan pihak PDRM Sabah supaya dibuka lorong tambahan di laluan kritikal SJR sekitar Kota Kinabalu.
.

Supaya mampu melancarkan aliran trafik dan diharapkan mempermudahkan pergerakan Pekerja Essential Service malah mereka yang perlu ke Hospital untuk mendapatkan rawatan.
.

Sekaligus kita memperkenalkan operasi RideRunner di Sabah khususnya di Kota Kinabalu. Kita juga memperkenalkan aktiviti kebajikan Amal Prihatin Sabah supaya pihak berkuasa maklum akan pergerakan (mengikut SOP) apabila diperlukan.
.

Kita juga berharap dapat bekerjasama dengan pohak berkuasa untuk sama-sama menggembleng tenaga semasa Pandemik Covid-19.
.

Semoga ada manfaatnya, semoga murah rezeki kepada mereka yang bersama menyumbang, mendoakan malah mereka yang sanggup turun padang bersama.
.

Kami bagi pihak RideRunner dan Amal Prihatin Sabah ingin mengucapkan setinggi terima kasih khusus pada:

1. SUPT GEORGE ABD RAKMAN 
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu

2. DSP ROSNAH BINTI AWG DAMIT
Ketua Bahagian Pengurusan Daerah Kota Kinabalu

3. ASP DANIEL DOMINIC
Pemangku Ketua Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kota Kinabalu

4. ASP SYAHRIN BIN ALI
Pemangku Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Daerah Kota Kinabalu

5. ASP AMIRRUL FARIN BIN SHAMSUDIN
Ketua Bahagian Logistik Daerah Kota Kinabalu

Dan seluruh gerak kerja PDRM semasa majlis penyerahan ringkas tadi berjalan kerana sudi meluangkan masa mendengar suara kita sebagai rakyat biasa.

Semoga Pasukan PDRM kita sentiasa dilindungi dalam pekerjaan mereka sehari-hari.
.

#weGrow
#Bangkit

*Gambar dan video akan menyusul.

No comments:

Post a Comment