Saturday, June 26, 2021

PERKONGSIAN ILMU KEHIDUPAN TERUTAMA DI TEMPAT KERJA - ACHMAD NOORASYRUL

Salam Minggu.

Pagi ini saya hanya berkongsi kan sedikit tentang ilmu kehidupan terutama di tempat kerja. Perkongsian ini saya yakin bermanfaat untuk kita buka minda seluasnya kerana penulisan ini dari lubuk hati saya yang terdalam.
.

1. Jika kita pandai, kena ingat ada orang lebih pandai dari kita.

- Kalau dalam team kita itu ada yang tidak pandai, atau baru masuk kerja (freshie) dan kita sudah bertahun pengalaman, jangan berlagak dan tunjuk pandai, sebaliknya rendah diri dan berkongsi pengalaman. Dunia ini tetap ada perubahan, jadi jika terlalu bangga dengan 'repeat experience' pengalaman berulang-ulang sebenarnya tidak mengembangkan minda kita. seharusnya belajar dari orang baru mungkin yang lebih muda dari kita yang mungkin banyak idea fresh mungkin lebih mudah berbanding method lama. Hence, kita bila mau 'ajar' orang, jangan cakap Saya mau Ajar kamu, tapi sebolehnya 'Saya ingin berkongsikan dengan anda..'
.

2. Pengalaman Orang lama vs Orang Baru

- Orang berpengalaman ni kita boleh nampak ada 3 jenis, pertama kuat berkongsi ilmu, tidak lokek dan rendah diri kerana dia faham, ilmu nda boleh bawa mati, dengan berkongsi ilmu dapat pahala dan menyumbang kepada syarikat. Yang ke 2, pendiam, tidak banyak cakap, tidak suka komen dan hanya fokus selesai kerja dia sendiri saja. Bila di tanya dia tidak banyak bagi info, dia bukan lokek tapi sifat introvert dalam diri untuk fokus kerja selesai dan tidak mahu buat masalah. dan yang ke 3, Mereka yang merasa paling harapan, merasa paling campin, merasa paling gaji besar dan merasa privilege, dia akan buat sesuka hati dia, orang buat salah terus kecam, terus tinggi suara, dan suka ayat yang mengarah supaya yang lain diam jangan banyak cakap, kalau mempersoalkan dia anggao melawan. Berani lawan atasan, dalam kepala dia, buanglah dia, dia boleh cari kerja lain. Dalam kepala hanya duit-duit-duit tapi kerja tidak pandai selesai samada dilambat-lambatkan atau dia memang tidak pandai tapi berlagak pandai.
.

3. Bekerja Berpasukan vs Individu

- Percaya atau tidak, dalam satu team kerja, diluar kita nampak mereka mesra dan bahagia, tapi sebenarnya dalam team banyak perkara tidak wujud komunikasi yang efektif. Hal ini sangat-sangat berlaku. Mereka boleh bercerita tentang apapun, tapi bila di lapangan kerja, masing-masing pegang ego untuk buat sesuatu sehingga pekerjaan dibuat tidak mematuhi standard SOP. Maka seharusnya setiap individu dalam team mesti terima hakikat dulu mereka sesuai di bahagian mana, cekap di bahagian mana, maka kerja boleh bagi-bagi, boleh berbincang letak strategi macamana kerja boleh diselesaikan, bukannya suruh menyuruh sebab nampak part sesuatu kerja tu senang, yang susah surung orang lain.

4. Bekerja untuk Pengembangan Karier bukan Lompat si Katak Lompat

- Banyak resume kita dapat, mereka yang memohon kerja tidak bertahan lama di sesuatu syarikat, Mereka hanya berbekalkan lulusan dari mana dan pengalaman tidak seberapa dari satu syarikat ke syarikat lain. Biarpun kemahiran hebat mana, kalau asyik lompat, syarikat yang menerima kita pun tidak mahu bagi gaji lebih besar disebabkan merasa mereka tidak akan lama di syarikat, itu belum lagi dicuba adakah kemahiran yang ditulis di resume benar-benar boleh di pakai atau tidak. Sebagai Majikan kita paling risau mereka yang mengaku berpengalaman tapi sekadar 'repeat experiance', tiada pengembangan lain. Contohnya mengaku buat sales dan marketing, tapi bila kita tanya kaedah Sales dan Marketing zaman IT langsung tidak tahu apa. Stay la dalam satu syarikat, tiada bos yang sempurna, tiada syarikat yang sempurna untuk kita, sebab kita sendiri tidak sesempurna apa yang syarikat perlukan. Kembangkan karier supaya bila lompat lain kali, kita layak diberikan gaji setimpal pengalaman.

5. Kerja Zaman Pandemik Vs Ego

- Kalau dulu kita boleh dapat riban-riban kerja di industri lain, zaman pandemik ni bukan satu memalukan kita kerja cukup kais pagi kais petang. Bersyukur dapat kerja semasa orang kena lockdown di rumah tanpa pendapatan menanti beras sumbangan orang ramai. Malang sekali Ego setiap orang kita tidak dapat bendung, itu sifat peribadi yang hanya individu sendiri boleh kawal. Satu perkara banyak pekerja buat silap meletakkan mindset "Kalau aku tiada, hancur ni Company", "Kalau bukan aku, Company nda up Macam ni", "Aku ja harapan di sini, kalau aku berenti, mati ni company". Ini Ego memakan diri, Ego yang mahu dia dilihat terbaik, harapan dan meminta dihormati oleh rakan pekerja disekeliling. Percaya atau tidak, sesuatu syarikat didirikan dalam fondasi yang sangat unik, ia bermula dari founder itu sendiri yang menjalankan perniagaan bermula dari SEORANG. Bermakna, Dari ramai staff jika kembali ke seorang pun tetap syarikat beroperasi, apa lagi jika sistem pengurusan sumber manusia yang baik mampu merekrut pekerja yang berterusan. Jadi ego kena simpan kemas-kemas, selagi masuk di 'kandang' orang kena ikut resam di sana. Sesuatu syarikat membuat keputusan tidak lagi berasaskan individu, ia sudah bertukar menjadi KEPENTINGAN SYARIKAT. Maka, jika kita tunjukkan tidak lagi bernilai bagi sesebuah syarikat yang kita bekerja, akan ada 2 perkara berlaku, anda di tawarkan untuk berhenti kerja atau skop pekerjaan anda akan lebih rumit diharapkan anda mampu mencapai standard lebih tinggi dan faham tentang Hidup Berorganisasi.

Ini sekadar perkongsian, saya merasakan perlu sharing dari sudut Majikan dan Syarikat. Supaya kita ramai Anak Sabah rajin macam orang China Tanah Besar, berbangga bekerja dengan syarikat Nasional Mereka, sanggup bekerja keras supaya syarikat mereka mampu memberikan mereka peluang lebih baik di masa depan. Jangan merasa Harapan memanjang, tapi rasa la semua orang berharapan untuk naikkan karier ke tahap tertinggi sesuai pengalaman dan seberapa banyak sumbangan mampu berikan pada syarikat.

Achmad Noorasyrul Noortaip @ Ds Chazy 

#weGrow

1 comment:

  1. 2017 ford fusion hybrid titanium - Tioga Darts
    › › › 3D › 3D › titanium flash mica 3D 3D 2D titanium bars 2D 2D 3D 2D gold titanium 3D 3D 3D 3D titanium wedding ring 3D 3D 3D 3D 3D 3D 3D 3D 3D 3D 3D 3D 3D 3D 3D titanium 200 welder 3D 3D 3D 3D 3D 3D 3D 3D 3D 3D 3D 3D 3D 3D 3D 3D 3D 3D

    ReplyDelete