Saturday, May 26, 2018

Sifat Favouritism membunuh nilai pendirian seseorang non-partisan - Ds Chazy

Jangan mengaku non partisan kalau seseorang pemimpin disentuh non partisan mampu terasa.

Kamu maki atau rendahkanlah mana-mana pemimpin yang dirasa berpengaruh di Malaysia, saya langsung tidak terasa, kerana saya tidak berpaksikan sesiapa.

Saya pernah cakap, saya sokong sesiapa saya yang ingin jadikan Sabah lebih baik apa lagi mahu perjuangkan Autonomi Sabah malah kearah Kemerdekaan.

Sokongan yang saya berikan adalah pada perjuangan yang dibawa, bukan pada satu-satu pemimpin khasnya.

Saya tidak akan berpaksikan sesiapa kerana itulah kesilapan non-partisan sebenar, lidah jadi beku bila mula menyimpan paksi dilidahnya akhirnya tidak mampu kritik walau sekali ia bertentangan dengan pendirian kita.

Semua pemimpin harus ada yang berani tegur, bukan menyanjung buta, kita boleh sanjung, kita boleh kritik itu baru adil, kita boleh memberi apa saja komen pada siapa saja itu barulah non partisan yang saksama.

Berhenti jadi non partisan jika sudah meletakkan Favouritism dalam jiwa. Nescaya lidah akan beku, "ini boleh, ini nda boleh." Akan terjadi.

Think.

#Caps

Sumber foto : link

No comments:

Post a Comment