Mau cerita politik di Malaysia ni bagi rakyat Sabah ada 2 kacamata.
1. Persepektif menjunjung Perlembagaan Persekutuan Malaysia
2. Perspektif Sabah untuk berkerajaan sendiri
***
Dua perkara yang berbeza, impaknya juga berbeza.
Ada perkara bersifat Nasional (seluruh Malaysia) itu baik dan sangat terpuji contohnya GST di mansuhkan, Najib di siasat, 1mdb di bongkar, pelbagai agensi dimansuhkan atau digabungkan, sistem pendidikan yang bakal diolah ke arah lebih baik, ptptn tidak perlu dibayar bagi gaji bawah rm4k, serta banyak lagi yang jelas TERPUJI.
Suka atau tidak selagi angkat No. 1 tadi, kena terima PH adalah kerajaan sekarang. Samada mau follow atau mau membangkang, sudah hakikat banyak perkara sudah memanfaatkan rakyat secara NASIONAL.
***
Berbeza bila melihat melalui kacamata No. 2, kita masih berjuang untuk mendapatkan status mahupun tempat yang lebih baik dalam Persekutuan Malaysia di bawah Perjanjian Malaysia 1963. Banyak perkara belum beres, banyak perlu rakyat Sabah mengaus. Itu normal.
Yang nda normal bila puak lalang terus suka campur aduk 2 perkara menjadi 1, sehingga buta melihat apa yang baik untuk rakyat Sabah secara NASIONAL.
***
Ya Sabahan akan terus bersuara, nda bermakna kita kena menolak kesemua dasar kerajaan PH selagi kita menjunjung Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Ada yang sudah keliru dengan perjuangan masing-masing akhirnya anda nda lari dari dilabel serpihan-serpihan macai BN UMNO yang berselindung dengan nama perjuangan Sabah.
Think
#Caps
No comments:
Post a Comment