Saya tidak lebih tidak kurang, hanya seorang non partisan dan pengkritik, sebagai rakyat biasa, saya mengundi ayau tidak, Undi itu tetap Rahsia.
Apapun Kempen mendesak dengan #UndiRosak yang saya bawakan juga saya percaya banyak membantu rakyat mengasah pilihan mereka mana lebih tepat mengikut keperluan yang sedang dideritakan oleh rakyat Malaysia.
***
Ada juga PM saya untuk memohon pandangan siapa 'win-able candidate' di kawasan mereka, saya tidak berat hati kongsikan pandangan tidak juga menahan mereka supaya buat #undirosak kerana saya masih percaya demokrasi.
***
Pada sebahagian pengangkat demokrasi di Malaysia ni, kepala fikiran mereka ada dua saja, pilih A atau B, MEMILIH untuk tidak mengundi/undi rosak juga adalah pilihan JIKA mereka merasakan 'none of the above' yang sesuai.
Cuma beza di Sabah, kempen Undi Rosak adalah sebuah mesej DESAKAN untuk penyatuan. Terdapat pihak yang mungkin dapat manfaat dari desakan ini, rakyat pulah makin jelas mahu pilih yang mana, bagi non partisan mereka akan terus menulis memberi perspektif jelas melalui dimensi berbeza dari biasa.
***
Adakah yang tidak mengundi/membuat undi rosak berhak bersuara selepas berakhirnya pilihanraya di Negara ini?
.
Ya, sentiasa berhak bersuara kerana tidak mengundi atau undi rosak itu juga dari kalangan orang kampung, yang datang 4.50pm berbaris panjang, yang terpaksa bekerja waktu mengundi, yang dinafikan kertas undi mereka, yang berada di luar negara malah ada yang tidak mempunyai bajet untuk datang ke tempat pengundian.
Selagi bernama RAKYAT semua berhak bersuara, yang merendahkan suara dan pemikiran orang lain demi kebaikan Negara adalah sebenarnya mereka tidak memahami makna demokrasi sebenar.
Jangan bangga anda telah mengundi yang dilihat 'benar', tidak semua 'benar' anda adalah benar pada orang lain, kita punya perspektif berbeza tapi keangkuhan dan kesombongan bagi dipihak 'menang' ini tetap mampu mencapai senilai dengan regim penjajah yang sebelumnya.
Itulah pernah saya kata, pendidikan tinggi tidak mencerminkan kebijaksanaan kita. Apa lagi bila yang bersuara itu mempamerkan mereka seorang yang berkerjaya professionalisme.
***
Kini saya akan stop untuk komen apa-apa dulu, saya meletakkan mindset baharu dengan kerajaan baharu Persekutuan dan apa saja kondisi kerajaan Sabah, iaitu menerima mereka seperti kita menerima GST yang datang, rakyat tetap bersuara, untuk mengubahnya tiada daya melainkan menunggu PRU seterusnya.
***
Ya saya sentiasa teruskan hidup, saya ada kemampuan tanpa perlu Kerajaan membantu segalanya, itulah antara perkara yang cuba saya sentiasa buktikan pada semua, jadilah ORANG MERDEKA, kita akan merdeka selama-lamanya. Apa saja dasar sekalipun, kita sentiasa mampu bertahan dan sentiasa berdiri membuat keputusan sendiri.
Selamat Malam
Ds Chazy
Rakyat Biasa
#Caps
No comments:
Post a Comment