Pada PRU lalu, Non Partisan ibarat seorang bukan peminat bola sepak tapi sedang menonton siaran perlawanan EPL. Seorang yang tidak begitu minat EPL tapi 'ada pengetahuan am' akan ketahui mana pasukan kuat, mana pasukan sederhana kuat dan mana pasukan ayam-ayam.
***
Begitulah waktu PRU14, non-partisan sudah mampu melihat siapa ada potensi menang, siapa ada potensi kilar, siapa ada potensi lompat, siapa ada potensi kalah dan siapa ada potensi hilang sokongan rakyat.
***
Penulisan non-partisan tertumpu pada mesej-mesej tertentu yang cuba dibawakan terutamanya berkeinginan melihat BN UMNO Tumbang, Kesatuan Pemimpin Sabah yang UTUH serta suara kesatuan rakyat yang ampuh demi kebaikan jangka panjang Negara Sabah.
***
Adalah penting, penulisan non-partisan mempunyai cucukan-cucukan halus membawa rakyat terus bersatu malah mengasah cara mereka memilih calon di sesuatu kawasan pengundian mereka.
#UndiRosak contohnya adalah kempen desakan yang tidak sama langsung dengan kempen yang berlaku di Malaya, disebabkan objektif ramai iaitu TUMBANGKAN BN bersifat kolektif maka penulisan non-partisan juga dilihat menjadi pemberat kepada mereka yang bakal menang.
***
Berbalik pada perlawanan bola sepak tadi, walaupun seseorang itu bukanlah peminat tegar mana-mana pasukan bertanding, tetap mampu diramalkan kemenangan itu biasanya berpihak pada siapa, dengan mudah hanya melihat pada carta kedudukan terkini.
Di Malaysia, carta-carta parti yang 'popular' sudah maklum dari No. 1 hingga keterbelakang. Dan pastinya carta ini sentiasa berubah-rubah mengikut 'strategi' setiap parti yang bertanding. Di situlah tugas non partisan melihat dan memberi komentar agar objektif tumbangkan BN tercapai.
***
Jika merasakan parti yang diperjuangkan tidak disokong, sebenarnya itu hanyalah sekadar perasaan saja, yang pasti pihak non partisan berpihak pada perjuangan mereka ke arah penyatuan, dalam masa yang sama sudah dapat meramal kemenangan akan berpihak pada siapa, kegembiraan telah terjalin apabila melihat regim BN UMNO Tumbang, malangnya landskap politik Sabah goyah kerana pertembungan ini menghasilkan ketidakpuashatian ramai pihak.
Berhenti menulis di sini.
Salam Sahur Puasa 2018
#Caps
No comments:
Post a Comment