Penulisan saya beberapa hari sebelun Tarikh pengundian 9/5/2018.
***
'Gabungan' ni macam Share Company.
Ko punya berapa modal, saya punya berapa modal.
Modal = kapasiti = penyokong
***
Modal GS = Modalnya ada nama besar dalam pejuang terulung MA63 & 20 Perkara DDJK, ada kerusi DUN lagi untuk pru13 lalu, manakala PPRS masih juga ada kerusinya waktu pru13 jadi pastinya ada penyokong tersendiri. Sapp pula pernah kilar pru 13, tetap ada penyokong mereka walau nda sekuat dulu. Mereka semua Memang ada penyokong lagi-lagi NGO2 akar umbi banyak bergabung tenaga untuk hasilkan pengaruh ini.
***
Modal Warisan : Modal mereka diwakili Pemimpin yang ada kerusi samada Parlimen mahupun DUN, melebihi wakil dari GS, pecahan penyokong UMNO BN juga turun berpindah ke Warisan. Pendek kata tetap ada penyokong 'niche'. Apa lagi yang dari PKR dan DAP turut sama ke Warisan, pastinya penyokong terbelah lagi untuk menambah modal di parti ini.
***
PCS: walau nampak 'lone ranger' masih ada penyokong, lagi-lagi 'bergabung' dengan parti kerjasama anak negeri
***
PH : semua orang tahu, kapasiti 'marketing' mereka sangat jelas kerana saban 5 tahun sebelum pru14, mereka sangat kuat melawan BN di Malaya.
***
Persoalannya sekarang..
Masing2 bajet bagus..jadi masing2 suruh ikut nama masing-masing sedangkan modal/kapasiti masing-masing berbeza dan sangat kompetitif.
Dalam company, siapa modal besar atau siapa modal kecil tetap pakai label baru atau label yang sama-sama dipersetujui untuk MEMUDAHKAN MARKETING dan SAMA-SAMA DAPAT MANFAAT.
***
Dalam politik, masing-masing keras kepala mau jenama dorang saja yang di atas.
Bagi saya tidak salah wujudkan jenama baharu mewakili 'kasatuan' menjadi gergasi melawan Gergasi BN UMNO.
Atau, guna label yang 'popular' sebagai batu loncatan atau LEVERAGE untuk mendapat sokongan padu pengundi.
***
Buang ego, kita mampu tumbangkan BN UMNO.RAKYAT BANTU UNDI jika kamu bersatu.
#UndiRosak jika nda bersatu
#NoUnityNoVote
#Caps
No comments:
Post a Comment