Pengalaman saya mula-mula datang korea, berbelanja 1,000 won tu sudah Kemahalan sebab saya terpaksa keluarkan duit RM3.60. Apa lagi bila naik Subway dari Airport ke Seoul Station makan masa hampir 1 jam perjalanan, kos nya hampir 5,000 Won atau RM18.
APA? perjalanan hampir 1 jam rm18 ja?? 😂
Lepas tu saya mau beli berus gigi di LOTTE MALL, harga dia 1,500 won untuk 2 batang (berus gigi berus hitam ya), atau RM5.40
Bila saya compare 2 benda ni dibandingkan dengan Malaysia, tambang cukup murah dan berus gigi 1 batang berus itam di KK dekat rm10.
Saya cuba masukkan diri saya seperti orang korea berbelanja, saya cuba melihat nilai paling murah bagi orang korea, seperti kita merasa berbelanja nilai RM1, apa nilai yang orang korea rasa seperti 'rm1', saya simpul kan sama fakta nombornya iaitu 1,000 won.
Bila saya ubah mindset saya untuk menerima 1,000 won seperti berbelanja nilai rm1 di Malaysia, dan BERHENTI CONVERT DUIT RM, saya merasa banyak harga barang murah di sini.
Makanan restoran masih ada 3,500won
burger McD/KFC/Burger King paling murah 2,000 won
Kopi expresso di Cafe 1,500 won
Tepung 2.5kg 3,500 won
Ayam SEEKOR SEKITAR 6,000 won
Beras 20kg sekitar 40,000 won
Fish cake 1.5kg 2,500 won
Sayur 1 ikat 1,500 won
Mee SAMYANG 1,050 won
Minyak 1.5 liter (corn/peas oil) 7,500 Won
Strawberi 5 bekas besar 5,000 won
Air mineral 900 won
Ayam goreng family plate 10,000 won
Dan banyak lagi...
Bayangkan saja anda berpendapatan minima 70,000 won sehari, berapa banyak kamu boleh beli dengan gaji sehari?
Tinggal dari diri saja mau berbelanja dan menyimpan macamana.
Itu yang saya cuba cakap, sini ada GST tapi rakyat mereka tetap mampu berbelanja apa lagi immigran yang bekerja di sini.
Di Malaysia, sudahlah barang sedia mahal, minyak mahal, gaji minimum rendah, kena kasi hantam lagi gst 6%.
Macai ndakan faham situasi ni.
Berhenti convert RM kalau kamu cuba compare atau samakan sesuatu dengan negara lain sedangkan nda tinggal dan bekerja di negara tersebut.
#Caps
No comments:
Post a Comment