Thursday, April 26, 2018

Projek IC di Sabah Isu Basi?

Projek IC isu Basi?
***
Projek IC adalah kanser pada rakyat Sabah.
Wujudnya Projek IC membuatkan demografi Sabah berubah 360 darjah, apa lagi Malaysia sangat terbuka hati memberi 'perlindungan' kepada pelarian Filipina melalui IMM13.
***
Persoalannya, adakah isu Projek IC sudah basi? Adakah pemimpin-pemimpin Sabah tidak lagi menggunakan isu ini sebagai isu nasional, hanya segelintir sahaja menyuarakannya melalui Gabungan Sabah termasuk para aktivis Sabah yang aktif?
***
Menurut pandangan peribadi saya yang kerdil ini, jika bertahun-tahun kita bersuara masih tiada penyelesaian, bermakna kita harus berusaha untuk punya KUASA bagi membanteras Projek IC malah kebanjiran pendatang asing di Negara ini.
***
Lagi persoalannya, adakah kita mampu berkuasa dengan wujudnya pengundi hasil dari Projek IC yang mana sudah LEGAL malah mempunyai beberapa lapis keturunan sejak dulu hingga kini yang mana sudah merasa SABAH adalah tanah air mereka, malah ada yang semangat nasionalisme mereka lebih tinggi dari orang asal?
***
Bagaimana mahu berjuang untuk Sabah sambil melaungkan Projek IC dan PTI secara berterusan, apa lagi menyentuh perkara sensitif sehingga yang tidak terlibat sekali mampu terasa kerana ramai antara mereka secara automatik terkait dengan nama etnik/kaum dengan majoriti yang telah mendapat 'projek ic'?
***
Perlu ingat, mereka sudah LEGAL memberi undi sama senilai dengan orang asal, jadi dimanakah kesilapan kempen atas tiket 'perjuangan Sabahan'? Keturunan 'projek ic' ini juga sudah menjadi super legal apalagi darah mereka sudah berpatriotik senilai anak Sabah kerana lahir di tanah Sabah, adakah undi mereka sudah tidak berharga dibawah Sistem Perlembagaan Malaysia?
***
Perlu Ingat, kita masih dibawah jajahan Malaya, mau tidak mau, kena 'go with the flow', ada kuasa baru ada cerita, jangan berjuang bagai nak rak tapi sebenarnya masih NOTHING atau masi duduk dikerusi PEMBANGKANG.
***
Jadi kesimpulan saya, saya percaya kenapa 'waktu emas' PRU ini ramai yang tidak cerita pasal Projek IC dan Pendatang, kerana semua ingin 'blend with the system'. Tidak bererti tidak memperjuangkan Kanser Sabah ini, tapi menumbangkan BN adalah fokus utama dalam perlawanan PRU14 kali ini.
***
Projek IC dan isu Pendatang, bukanlah isu basi, tapi isu yang harus di ketengahkan bila berkuasa kelak.
Bahasa kampungnya, "ada kuasa dulu bos, baru ada cerita, jangan cerita berbuih dilapangan sampai tampak menang sorak, rupanya kampung sudah tergadai"
***
Ini pandangan starategik saya secara peribadi.
#NoUnityNoVote
#Caps

No comments:

Post a Comment