Pakcik Sin sudah tiada, Al-Fatihah..
Perkara paling sayu dalam lakukan kerja amal bila kita sudah sangat rapat dengan pesakit seperti keluarga sendiri, akhirnya dia meninggalkan kita selama-lamanya.
Saya pernah lalui beberapa kali perkara yang sama, dan ini adalah pesakit yang paling lama pihak #AmalPrihatinSabahResources #PoketAmalAPSR handle.
23hb Januari 2017, hari pertama kami labuhkan gerakan untuk arwah, menghantar ke pusat Dialisis 3 kali seminggu selama setahun 3 bulan dan akhirnya subuh tadi jam 4 pagi waktu Korea saya menerima berita pemergian beliau dari anaknya Moyen.
Saya ingin ucapkan takziah pada Moyen sekeluarga semoga mereka diberikan kekuatan serta semangat untuk menempuhi kehidupan mendatang kelak.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak, yang pernah kerah peluh, pernah transfer derma, yang sentiasa menghulurkan kewangan untuk mengisi minyak #ProjekVan10Sen, yang secara senyap memberi bantuan, para peminpin tempatan yang pernah memberi perhatian, NGO serta sesiapa sahaja yang pernah curahkan kasih sayang mereka kepada keluarga ini, saya mewakili keluarga mereka mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan tidak ternilai.
Semoga roh Allayarham Pakcik Sin dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Untuk yang ingin menyumbang sedikit bagi membantu permudahkan urusan pengebumian dan settlement kehidupan baru pihak Moyen sebagai Yatim Piatu, boleh salurkan ke:
Cimb 8602790791
Amal Prihatin Sabah Resources
Rujukan : khairatkematian
Hotline Whatsapp APSR : 0164472994
Amal Prihatin Sabah Resources
Rujukan : khairatkematian
Hotline Whatsapp APSR : 0164472994
We will miss u, pakcik.
#Caps
No comments:
Post a Comment