Sunday, April 22, 2018

Perspektif Petition SSU SSKM dari pena Ds Chazy

Petition SSKM SSU sewaktu mula-mula dulu saya pernah kempen guna akaun Datuk Seri Chazy Chaz sebelum akaun saya akhirnya sudah kena report dan kini totally disable.

***

Waktu itu saya percaya, melalui media sosial mampu meraih kempen membawa ramai pihak untuk tanda tangan secara digital di link ini :

https://www.gopetition.com/petitions/sabah-sarawak-rights.html

Bukan juga mau temberang, saya yakin dan percaya melalui 'turun padang' di dalam dunia digital saya pernah meraih ramai orang untuk turunkan tandatangan pada masa itu.. 

***

Pengaruh Media sosial/Followers pada masa itu sekitar hampir 11k, sangat memudahkan untuk saya kempen kesedaran rakyat.

Dan selama kempen diadakan sejak awalnya sekitar 2011 keatas belum pernah saya dengar ada orang kena tangkap sebab sain petition.

***

Saya perasan, sejak wujudnya gerakan SSKM, ramai telah membuka mata, dan ramai membincangkan isu Perjanjian Malaysia 1963, 20 Perkara, IGC dan sebagainya sehingga ada yang mampu menerbitkan buku dan meraih pendapatan darinya, ada yang cuba menyatakan pendirian melalui perspektif berbeza, ada yang wujudkan SSBKM yang mana admin tersebut sudah meninggal dunia (Saya memaafkan juga walau pernah dicaci dan fitnah kerana saya faham setiap pendirian orang berbeza), ada juga telah menulis buku berkaitan perjuangan dan belum sempat pun diterbitkan, terdapat pejuang tenggelam timbul, ada yang dulu benci, kini jadi kawan, yang kawan pula jadi lawan begitulah pahit manis asam garam dalam perjuangan membuka mata rakyat Sabah.

***

Paling Pasti, yang dulunya kita dituduh PENGKHIANAT kerana mempertikaikan Perjanjian Malaysia 1963, kini ianya terus berkumandang hampir semua orang termasuk regim Persekutuan Malaya. Dulu UMNO BN/Pakatan Rakyat sangat tidak suka kita bersuara tentang MA63, kini mereka sudah letakkan dalam manifesto mereka, kerana mereka tahu, ITULAH KEMAHUAN RAKYAT SABAH SEBENAR.

***

Apa yang paling best? Berdiri sebagai NON PARTISAN selama ini mampu memberi kematangan dalam melihat sesuatu isu, memberi kefahaman bagaimana berkawan dengan semua orang berlainan ideologi, dan memberi persediaan diri bahawa bukan semua selalunya baik dengan kita, dan bukan semua slalunya jahat dengan kita.

Lautan Politik di Sabah sangat luas dan penuh dengan ombaknya, saya telah melihat pelbagai ragam kononnya mengaku 'pejuang' yang akhirnya dapat dilihat perubahan mereka hari demi hari.

***

Hari ini saya bersuara, dengan niat menegur sesiapa sahaja kerana saya sudah merasa cukup layak bersuara sebagai antara ANAK SABAH yang 'HEBAT' dan mampu BERDIRI tanpa perlu jadi LALANG dalam suasana politik Sabah yang sentiasa bertukar-tukar ini.

***

Apa yang saya percaya tentang perjuangan hak Rakyat Sabah?

Saya percaya setiap usaha ada kejayaan, setiap orang ada laluannya, dan sebagai non-partisan saya melihat Petition SSKM adalah antara kempen jangka panjang yang berpaksikan RAKYAT tanpa perlu meraih pengaruh tahi-tahi politik Sabah.

Petition yang disediakan khas untuk Rakyat Sabah membuat keputusan sendiri (self-determination). Sesiapa sahaja boleh sain, dan saya yakin dan percaya, tiada siapa berani tangkap jika sesiapa yang ingin sain petition digital ini.

Rakyat Sabah tidak perlu takut, tidak perlu terpengaruh dengan pandangan-pandangan perspektif sinis politik tentang petition ini, mereka (oportunis) sentiasa cuba menjatuhkan antara satu sama lain, itulah sifat ramai Rakyat Sabah yang saya akui ada dalam sebilangan orang kita.

***

Jilat Ludah sendiri juga adalah Normal dalam Politik seperti pernah saya jelaskan, cuma yang paling keji mampu dilihat ada yang menjilat kerana ketaksuban berpolitik dek kerana musim PRU yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Itu sangat menyedihkan, tetapi kita sebagai rakyat Sabah harus terus menjalankan kehidupan seperti biasa, buat yang terbaik untuk Sabahan dengan Neutral bukannya mempunyai agenda yang lain untuk terus membingungkan rakyat.

***

Sehina mana orang merendahkan usaha ini, sebagai non partisan saya melihat ini antara usaha jangka panjang yang harus disokong bagi sesiapa yang masih ingin meletakkan harapan kepada usaha ini.

Saya masih menyokong penuh usaha menuntut hak melalui cara ini, with or without Malaysia, saya secara peribadi tetap bersuara melalui apa cara medium sekali pun dan membantu semampunya sebagai anak Sabah yang inginkan Kebebasan Total tanpa pengaruh penjajahan minda dan kuasa.

***

Untuk yang belum pernah sain petition ini boleh klik link ini, anda boleh pilih jadi 'anonymous' (supaya nama tidak dilihat awam) mahupun seperti biasa, don't worry.

https://www.gopetition.com/petitions/sabah-sarawak-rights.html

***

Tahniah jika anda salah seorang yang pernah sain petition digital ini, 75,990 orang yang sudah sain petition ini, kita perlukan 300,000 penanda tangan supaya mampu proceed ke level seterusnya.

Sekian.

"Hidup Matiku, Bersuara untuk kesedaran Rakyat Sabah, In God We Trust"

Ds Chazy @ Achmad Noorasyrul
22 April 2018
Seoul, Korea Selatan

#UndiRosak jika tiada penyatuan
#NoUnityNoVote
#Caps

No comments:

Post a Comment