Thursday, April 26, 2018

Pengalaman bersama SAPP

Waktu-waktu PRU 14 ni, kita sekadar throwback la kunun pernah join program SAPP Dari Kem Remaja hingga Belia, dari baju kuning sampai kolar hitam (Trainer).
Saya akui program masa SAPP masih Kerajaan lagi agak membantu buka mata budak mentah seperti saya masa itu bermula sekitar tahun 2000 untuk memahami erti patriotisme kenegaraan.
Apapun, Yakinlah anak mudah yang sudah benar terbuka mindanya akan sentiasa cuba mencari dan terus cuba melihat dari pelbagai sudut terutama jenis macam saya kerana saya sudah melihat pelbagai sudut pandang pengaruh politik yang ada pada latar belakang keluarga saya yang mana dipenuhi ahli politik nda kira BN UMNO mahupun parti-parti yang lain.
Dari sudut pandang lain, seperti pernah saya nyatakan sebelum ini, saya bersetuju dengan Agenda Sabah serta konsep Gabungan Sabah, cuma saya memilih berpijak sebagai rakyat non partisan yang inginkan penyatuan total terutama 'gabungan' yang berpengaruh supaya mampu melawan regim gergasi BN UMNO.
Jadi, agak tidak valid jika ada kata saya tidak layak memberi pandangan saya dari sudut perkembangan politik Sabah kerana saya sudah dicerahkan dalam dunia politik sejak kecil lagi.
Apapun sekadar menulis dan berkongsi gambar lama.
Selamat Malam.
#UndiRosak jika pembangkang nda bersatu
#NoUnityNoVote
#Caps

No comments:

Post a Comment