Thursday, April 26, 2018

Berkempenlah dengan cara adab dan hikmah - Ambang PRU14

Dulu, musim kempen pru13, cara maki hamun, kata kesat pada BN UMNO adalah cara saya kempen tolak mereka. Ternyata cara begitu tidak educate rakyat, hanya sekadar kita menunjukkan betapa rendahnya nilai diri kita dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan.
Edukasi rakyat harus pada penulisan yang baik serta pendekatan yang lebih musah dibaca dan disenangi.
Saban tahun saya belajar dan terus belajar, sehingga hampir 100% penulisan saya pula tiada 'short forms'. Karya menulis yang ikhlas dan baik apabila kita menulis penuh adab susila, kematangan serta mudah difahami supaya audience kita senang faham apa yang cuba kita sampaikan.
Hanya kepala batu tidak akan faham kerana ego yang terlalu tinggi.
Contohnya apabila saya menulis tentang kempen #UndiRosak jika tiada penyatuan.
Mereka (yang keras kepala) ini akan sentiasa berfikir sayalah ejen BN UMNO dan mereka pula penyelamat bangsa Sabah dengan terus mengiyakan UNDI PECAH.
Wahai Rakyat Sabah, fikir-fikirkanlah.
Berhenti dikencing para peminpin sombong.
Ayuh kita memberi tekanan kepada mereka BERSAMA.
Selamat Pagi.
#NoUnityNoVote
#Caps

No comments:

Post a Comment