Kaamatan 'Islamik'.
Sebagai seorang Muslim dan berbangsa separuh Dusun saya tidak setuju dengan meng'Islamisasikan' sesuatu adat pagan, Kaamatan.
Ianya sekian lama disambut pelbagai kaum dan agama di Sabah tanpa perlu disuntik 'agama' kerana ianya adalah tradisi dan budaya turun temurun juga upacara KEBESARAN simbolik kepada Sabah sebagai antara pusat berbilang kaum, agama serta yang terkenal dengan toleransi yang tinggi antara satu sama lain.
Penganjur harus membuat permohonan maaf secara terbuka untuk meredakan kemarahan rakyat Sabah, saya faham jika menggunakan lensa Dakwah Islamiah, ianya adalah salah satu yang mempu menarik orang mendalami Penghayatan Agama Islam, malangnya kita duduk disabah yang mana harus ada pertimbangan-pertimbangan lain bagi memastikan tiada perkara yang mampu mengguris pihak lain.
Yang asli biarlah yang asli, jangan ganggu ketulenannya, buatlah apa program pun tapi janganlah menokok tambah sesuatu yang jelas ia berasal dari tradisi/budaya lama lagi-lagi berteraskan kepercayaan roh dan semangat.
Nda dapat join perayaan atas pendirian agama tiada masalah, tiada paksaan mengikutinya, tapi jangan pula jadikan sesuatu perkara sehingga mampu memalit tanggapan negatif terhadap nilai ajaran Islam yang suci.
Ini hanya pandangan peribadi saya tidak menggambarkan keseluruhan umat Islam di dunia.
**Btw ada yang tegur pasal fesyen pakaian dalam majlis tersebut, itu mungkin harus tegur juga para pereka fesyen sebelum-sebelum ini yang banyak mereka baju adat KDM untuk mencipta 'kelainan'. Bukan kerana pada isu ini sekali ikut selam minum air untuk mengangkat isunya.
2 perkara berbeza harus disedari dan difahami isunya.
Pandangan Peribadi.
Mau kecam silakan.
#DsChzys
Bagi sy, pihak penganjur tu yg tidak tahu bezakan maksud sebenar budaya dengan keagamaan...apapun, smoga kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi dimasa hadapan...tq
ReplyDelete