Tadi sedang drive nampak orang jual aiskrim naik basikal, kepayahan lagi-lagi cuaca sangat panas, tidak juga saya kepanasan sebab kereta memang ada aircond tapi terdetik keluarkan sedikit untuk pelaburan hari jumaat.
2 aiskrim kecil berharga RM4, berbaloi dengan 'kos tenaga dan kepanasan' beliau tu bawa mengegelilingi kawasan perumahan setempat.
Saya bayar RM10 dan tidak minta bakinya, suruh simpan saja. Kelihatan beliau tu sangat bersyukur dan terina kasih atas pendapatannya hari ini.
Jadi saya teruskan perjalanan sambil nikmati aiskrim.
-
-
Rezeki Tuhan bukan atas akaun kira-kira manusia
-
-
Sampai di sebuah kompleks beli belah, mau beli stok kedai, tiba-tiba jumpa kawan kena belanja pula RM50. Wah! Bisnes lumayan..Kalau guna kira-kira manusia mana mungkin invest rm10 dapat rm50...
Tidak sampai setengah jam dari beli aiskrim tadi, dapat rezki dari tempat yang tidak disangka-sangka.
-
Begitulah antara perjalanan rezki manusia, kadangkala kita terlalu mengira sehingga takut mengeluarkan sesuatu untuk memudahkan orang lain, KERANA jika IKUT ILMU KIRA-KIRA, dalam dompet ada RM50, bagi orang RM10 tanpa apa-apa balasan, baki di dompet tinggal RM40.
Sedangkan hukum kira-kira alam, boleh jadi sedekahkan RM10 mampu digandakan hingga 1000 kali ganda dari sumber yang tidak disangka-sangka.
Hukum ini bebas agama, bebas apa saja latar belakang manusia apa sekalipun selagi dia manusia dan dia memberi, pasti alam sangat bijak seimbangkannya kelak melalui pintu-pintu rezki yang Allah sediakan.
Mari Bersedekah
Ayuh peruntukkan sedikit dari kelebihan kita untuk orang yang memerlukan, pasti suatu yang positif akan mewarnai hidup kita, mahu rasai MAGIC? Mendermalah dengan ikhlas kepada sesiapa saja yang memerlukan, pasti akan rasai nikmatnya bersedekah.
Sekadar Perkongsian Hari jumaat.
#DsChzys
No comments:
Post a Comment