Jika ada tersinggung dengan syor yang pernah saya nyatakan, terlebih dahulu saya menyatakan kebenaran dan atas dasar kajian diri sendiri, kajian atau pengalaman lapangan bukan dibuat 1 hari, tetapi diamalkan bertahun.
Kajian tertumpu pada merawat seberapa ramai sampel/pesakit bahkan pernah menjadikan diri sebagai sampel histeria/kerasukan untuk merasai bagaimana kerasukan/histeria.
Hasil kajian mengatakan histeria bukanlah daripada jin/syaitan/iblis/hantu dan lain-lian, tetapi ia terpacu dari hasil bayangan/halusinansi/emosi dan beberapa faktor lain sehingga berlaku histeria.
Biasanya Histeria berlaku pada orang yang mempunyai masalah samada dalam diri sendiri mahupun ada masalah dengan orang lain atau tempat kerja contohnya stress, ingin mendapat kelonggaran, ingin menyatakan pendirian, ingin bersuara, menyampaikan mesej dalam bentuk yang lain tanpa melalui laluan kewarasan.
Ada beberapa kes di'handle' samada di sekolah, di tempat kerja, di rumah atau lain-lain, histeria biasanya berlaku depan orang, kalau belakang-belakang biasanya susah terjadi kerana tiada perlu diberi perhatian.
SOLUSI
Oleh kerana dinyatakan Histeria bukan hasil dari pihak ke 3 iaitu jin telugung, syaitonirojim atau sang saka, maka ia harus di'handle' menggunakan psikologi. Antaranya adalah seperti saya nyatakan (Memberi gambaran BUANG KERJA/BUANG ASRAMA/BUANG PROGRAM dll) jika ia terbabit dengan institusi atau majikan yang mana boleh merugikan pihak terbabit jika berlaku histeria, apatah lagi jika beramai-ramai kerasukan, pastinya operasi lumpuh seketika maknanya pengeluaran/produksi juga terbantut pada masa itu.
Antara lain UBAT yang pernah digunakan adalah BERTERUS TERANG bahawa yang histeria sebenarnya tiada jin/hantu/syaiton dalam badan..lepas terus terang biarkan dia meronta sedikit sampai dia pulih dengan sendirinya.
Orang sebegini harus mendapatkan pendekatan agama, mendapatkan kefahaman lebih dalam tentang cara menguruskan stress/emosi serta fikiran, serta HARUS MEMBUANG doktrin JIN/SYAITAN/IBLIS yang sentiasa disalahkan asal apa saja perkara yang tidak boleh dibuktikan dengan perubatan modern. Benda mistik juga tidak harus dibuat budaya dan tidak harus ditakuti.
#DsChzys
No comments:
Post a Comment