Friday, March 24, 2017

ProjekVan10Sen - Kuasa Allah, Yang Mustahil jadi TIDAK MUSTAHIL

Saya tidak juga kaya tidak juga miskin tapi setakat ni Alhamdulillah saya mampu bagi PERCUMA hantar yang MEMERLUKAN ke hospital/klinik sekitar KK.
Kadang ada benda tidak logik berlaku, buat kira-kira si kepala sangat terbatas itulah sifat MANUSIAWI, tapi dengan 'Kurnia' Allah S.W.T benda yang MUSTAHIL di zaman ini pun boleh berlaku.
Saya telah LAKSANAKANNYA, dan saya telah membuktikan suatu yang Mustahil jika dihitung matematik mahupun ilmu ekonomi sekalipun tetapi dengan ilmu 'serahkan pada pencipta' segala yang mustahil jadi tidak mustahil.
Banyak lagi soalan-soalan seperti ini ditanya kepada saya, saya tidak mampu menjawabnya dengan kata-kata tetapi tindakan saya akan menjawab segala-galanya.
Terima kasih semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, kita semua adalah penyumbang.
Jadikan Sabah lebih baik!
P/s: Jangan kecam mereka sekadar bertanya :-)
#DreamBigStartSmall
#ProjekVan10Sen
#AmalPrihatinSabahResources
#DsChzys

No comments:

Post a Comment