Kadamaian River White Water Rafting, Kota Belud, Sabah Borneo
Menjadi Photographer untuk sukan lasak seperti ini bukan mudah, pengorbanan untuk membawa Kamera DSLR di atas bot sambil mengayuh di atas sungai yang deras bukan suatu kerja yang senang tetapi hasilnya pasti mantap dan akan menjadi kenangan para penggemar aktiviti sukan lasak ini.
22/03/2017 sekali lagi ke Sungai Kadamaian Kota Belud bersama Operator Xtreme Paddlers Ash TheGst dan Andre untuk bantu menjayakan program mereka membawa beberapa agent, wakil majalah, Sri Pelancongan termasuk Klien mereka untuk mengharungi arus deras Sungai Kadamaian.
Sepanjang hampir 11KM laluan sungai yang mengambil masa 2 jam hingga ke 3 jam! Memang'fullblast' berabis dan sangat puas hati. Kategori sungai level 1 - 2 untuk musim kering mampu melonjak ke level 3 - 4 apabila waktu hujan sekelip mata menjadikan sukan lasak yang dijalankan Xtreme Paddlers ini berbaloi-baloi.
Sesuai untuk semua kategori umur, rekod umur yang pernah menyertai aktiviti ini se-awal 3 tahun, dengan pengalaman mereka dalam dunia rafting, KESELAMATAN sangat diutamakan, para staf yang cermat dan berhemah menjadikan sukan lasak ini sangat menyeronokkan.
Berikut antara gambar yang sempat dirakamkan.
Bagi yang berminat untuk mencuba aktiviti ini terutama Sabahan, boleh hubungi Ash 014-6577657 untuk pertanyaan lanjut mahupun tempahan.
Gambar 2017 Hak Cipta Terpelihara.
P/s: Saya bantu promot bisnes Volunteer ash secara sukarela kerana beliau adalah Volunteer Tegar membuat kerja amal PERCUMA, ayuh support produk pelancongan #UrangKita.
#KotaBelud
#KadamaianRiver
#DsChzys
#KadamaianRiver
#DsChzys
Please SHARE
No comments:
Post a Comment