Sesiapa saja yang memimpin untuk berjuang menuntut hak Rakyat Negara Sabah tidak semestinya mengambarkan keseluruhan perjuangan setiap sabahan..Adapun pemimpin yang sentiasa dilabelkan pelbagai label kontroversi, tetap tidak juga menggambarkan keseluruhan perjuangan berkait rapat dengan kontroversi tersebut.
Secara peribadi saya menyokong apa sahaja usaha murni yang memperjuang hak rakyat Sabah..Dengan organisasi atau tanpa organisasi, suara hak rakyat Sabah tetap dilontarkan untuk membuka mata dan mendidik rakyat Sabah.
Memperjuangkan hak rakyat Sabah sebenarnya bersifat sangat holistik, yang mewarnainya adalah objektif yang dibawa bersama oleh segelintir pemimpin ternama dan juga badan politik sehingga ada pihak yang tidak senang hati dan cuba mewarnai perjuangan ini dengan sentimen dan provokasi.
Apapun pejuang nasionalis yang asli tidak akan terpengaruh dengan apa-apa isu sentimen dan provokasi ini, mereka akan terus bersuara sehingga objektif sebenar tercapai..
Iaitu mendapatkan hak Sabah semula samada bersama Malaya atau tanpa Malaya.
Salam Nasionalisme Sabah.
No comments:
Post a Comment