Saya banyak belajar.
Walau lebih setahun jagung buat kerja amal dan perniagaan sosial.
Buat amal/sosial mesti yang termampu bukan paksa-mampu.
Jangan paksa diri jika tidak mampu.
Bukan hanya pada wang, tapi pada masa dan tenaga.
***
Jangan terperangkap rasa 'ingin dilihat orang', ego akan makan diri.
Niat betul, show, naik riak, tapuk.
***
Jangan cuba pujuk/paksa orang lain untuk buat amal.
Jangan cuba pujuk/paksa orang menderma.
Jangan marah, kecewa atau sedih jika orang nda support atau derma projek amal kita.
Jangan rendahkan orang yang tidak buat kerja/tidak dilihat buat amal.
Terima fakta bukan semua orang mampu buat kerja percuma/amal
***
Kerja amal bukan untuk 'pertukaran' duit vs 'fame'
Fokus memberi manfaat pada yang memerlukan.
Bukan fokus supaya dilihat orang.
***
Kerja amal memang untuk semua orang buat
Tapi bukan semua orang buat kerja amal atas niat amal
***
Hati-hati dimanipulasi dan dieksploitasi kebaikan kita
Hati-hati terperangkap menjadi bukan diri sendiri
Hati-hati atur mereka yang cuba mendekati kita atas niat tertentu
Hati-hati pada exposure media
***
Paling penting, diri jika tidak kuat, maka akan mudah dibentuk oleh masyarakat.
- Masyarakat hanya mahu kita jadi siapa yang mereka mahu lihat dan dengar.
Bukan siapa kita yang sebenar, yang sedang bercakap atau menjalankan perbuatan.
***
Expose-kan kerja amal yang membawa kepada contoh, inspirasi dan tauladan
'Tapuk'-kan kerja amal tersebut bila ada cucukan riak dan takbur
***
Sekadar perkongsian peribadi.
"Kerja amal adalah bersifat holistik, tiada yang perlu dibuktikan pada semua orang, paling penting siapa yang dapat manfaat hasil kerja amal kita" - Ds Chazy
Foto : Bersama Pengasas Teksi 10 Sen, Perpustakaan 10 Sen, Ambulan 10 Sen Mr Kuan Chee Heng @ Mr kentang.
#AmalPrihatinSabahResources
#PoketAmalAPSR
#ProjekVan10Sen
#Rayake2
#Caps
No comments:
Post a Comment