Saya bukan suruh atau hasut orang kita kerja di KOREA SELATAN.
***
Hakikatnya orang kita memang ramai sedang mencari info macamana kerja di Australia mahupun di Korea Selatan.
Adalah tanggungjawab saya sebagai aktivis bagi informasi tanpa berbelah bahagi supaya orang nda tertipu dengan agent penjual manusia/agensi pekerjaan TIDAK SAH.
***
Ini adalah info hasil kajian luaran saya buat melalui interview beberapa orang yang kena tipu di Korea.
1. Agent Kerja yang tawarkan kerja di Korea kebanyakan TINGGAL DI MALAYSIA, mereka bertindak sebagai 'minddleman' / orang tengah untuk raih komisen.
2. Caj agent kerja ini caj sekitar RM2,500 - RM7,000+ (belum masuk harga tiket kapal, tempat tinggal, makanan dan lain-lain)
3. Ramai menjanjikan gaji nda masuk akal, tidak bagitau kerja adalah haram disisi undang-undang Korea serta kondisi-kondisi termasuk risiko bekerja di Korea
4. Ramai terkandas kerana agent ini tidak menguruskan mereka, dorang hanya duduk di Malaysia macamana mau urus sebenarnya?
***
Jadi, berapa anggaran kos sebenarnya untuk bekerja di Korea?
1. Tiket Kapal - Return RM2k (Jeju Air direct Flight) so kalau naik AA mesti ada yang promo so lagi murah.
2. Tempat tinggal malam pertama ke 2 etc : RM37 semalam per katil
3. Jumpa job agency Korea : Caj berbeza mengikut kerja dan visa yang ada sekitar ₩80,000 - ₩150,000 (rm296 - rm555)
4. Tambang : airport Incheon - Seoul ₩5,000 (rm18.50) gerakan sekitar seoul bajet saja ₩ 30,000 (rm111) ada lebih guna kad T-Money, kos ke tempat kerja, maksima ₩ 50,000 (rm185)
Jadi anggaran kos adalah sekitar rm3,500. Sudah termasuk flight.
Cuma kalau sudah tau ni kerja illegal/hamba abdi, sediakan lebih duit standby manala tau kena kick kerja sebab lembab/malas, so kena balik ke agensi dan minta kerja semula.
Info ini sekadar rujukan supaya anda yang betul-betul commit mau datang cari rezki di Korea nda kena tipu agent palsu.
Ingat ni : Hanya Di Korea saja kerja mampu boleh dapat dan direct dari orang Korea atau direct di farm/kilang melalui wakil mereka dengan harga apply kerja rujuk No. 3 di atas. Dan kerja anda itu nda boleh pilih sebenarnya, agensi di korea ni yang akan pilih untuk kamu ikut kesesuaian visa kamu.
***
Di harap hal ini dapat bantu anda samada meneruskan niat ke Korea atau tidak. Moga nda tertipu dengan agent pemerdagangan manusia.
#Caps
Nota :
i. Gambar : Google Trend menunjukkan keywords Kerja di Korea hampir setiap hari kena guna untuk cari info kerja di Korea Selatan.
ii. Bekerja buruh di Korea untuk Rakyat Malaysia sememangnya 'illegal'/haram disisi undang-undang Korea kerana Kerajaan Korea Selatan tidak akan mengeluarkan Visa Kerja untuk sektor 3D (Dirty, Difficult, Dangerous) mereka kepada Rakyat Malaysia. Hanya pada sebab tertentu seperti Visa Pelarian G1 itu pun selepas tempoh 6 bulan berada di Korea baru boleh memohon permit untuk kerja 3D. Selama kerja 6 bulan pertama dibawah Visa G1 masih tetap illegal/haram
No comments:
Post a Comment