Wednesday, May 23, 2018

Perjuangan tidak disokong kerana gagal SENTUH hati rakyat - Caps

Kenapa sesuatu perjuangan itu tidak disokong ramai pihak?

Lihat pada 'pembawaan' dan si 'pembawa' perjuangan itu samada menghasilkan impak yang mampu meresap ke dalam sanubari rakyat mahupun tidak.

Perjuangan separuh-separuh seperti ingin semua membuka mata tapi sasaran pasaran hanya disasarkan pada golongan tertentu sahaja.

Adakah ini menghasilkan 'sentuhan' pada suara hati rakyat? TIDAK.

Leka berjuang sehingga PEKAK tidak mendengar suara hati rakyat mahukan sesuatu yang lebih utama selain perjuangan yang dibawakan juga adalah satu kesilapan besar.

Selami hati rakyat, apa rakyat mahu, nescaya kita mampu menyentuh hati-hati yang kehausan kepimpinan yang holistik dan bermaruah.

Malang yang apa yang kita lihat sekarang sekadar 'mimpi', pemimpin yang dilihat baik, tapi tidak mampu menyentuh hati rakyat, yang tidak seberapa baik pula, secara kolektif mempengaruhi rakyat membiarkan hati mereka disentuh kerana ada desakan-desakan kehausan ingin melihat perubahan yang utama dimata rakyat jelata.

Sekadar menulis

#Caps

No comments:

Post a Comment