Sunday, May 20, 2018

Hilang Penyokong tetap tidak hilang Rahmat dari Allah SWT - Caps

Saya kehilangan Penyokong tapi saya nda pernah kehilangan Rahmat Allah.

***

Saya mengakui sejak saya mula bersuara sebelum PRU, musim PRU dan Lepas PRU, akan ada risiko Gerakan Amal saya akan kehilangan sokongan.

Alhamdulillah, setakat ini saya masih mampu tampung walau tidak sepenuhnya gerakan menggunakan pendapatan saya sendiri.

Masih ada yang sanggup menyumbangkan gerakan saya walau jumlah sangat sedikit, saya sentiasa doakan sentiasa murah rezeki dan lancar urusan.

***

Saya juga doakan yang bantu SHARE dan LIKE usaha amal APSR juga turut sama mendaoat manfaat bersama apa lagi program-program percuma saya adakan khas untuk rakyat Sabah tercinta.

Saya sentiasa percaya pada Rezki Allah, jalan-jalan amal sangat luas, akan ada jalan yang tidak disangka-sangka akan muncul disaat kita memerlukan pertolongan dari atas sana.

Saya nda buat besar-besaran, kecil-kecil tetap beri manfaat pada yang memerlukan.

***

#AmalPrihatinSabahResources #PoketAmalAPSR tetap sentiasa berjalan nda kira apa skala sekalipun, kerana saya digerakkan untuk terus melakukannya dengan bantuan mahupun tanpa bantuan orang ramai.

Kerana Allah Maha Kuasa, Rezki yang dikurniakan tak tertampung banyaknya, hanya tunggu jalan terbuka pasti ramai lagi akan dapat manfaatnya.

***

Sekadar berkongsi, ada anak yatim piatu mesej saya dorang hanya ada beras, tiada lauk, insyaAllah sebelum buka puasa petang ini mereka akan menikmati lauk sama seperti orang lain.

Semua kerana jalan-jalan Rezki TETAP ADA Allah bagi. ALHAMDULILLAH.

Selamat Berpuasa.

#Caps

No comments:

Post a Comment