Untuk Perhatian pada Penyokong Gabungan Sabah yang dikasihi,
***
Saya memang ndada malah nda pernah langsung ada sumbangan dengan Sabah, hanya Gabungan Sabah sahaja paling memperjuangkan hak Sabah taraf dunia dan alam semesta, bintang, bulan, dan black hole.
Semua orang yang pernah menyumbang sesuatu pada Sabah TIDAK AKAN DIIKTIRAF DAN TIDAK VALID melainkan anda kena join GABUNGAN SABAH baru lah ANDA SEORANG PEJUANG.
Cuma saya mau tanya saja, apa sumbangan kamu Roger Macklin untuk Sabah? Kamukan PEJUANG SABAH tahap alam semesta raya.
***
Penulisan saya, RAKYAT BIJAK akan dapat menilai ini sebagai pandangan non partisan. Saya hairan PRU14 kali ni BN UMNO punya penyokong extremis sudah pupus, yang wujud dikalangan kononnya mempertahankan GS gamaknya dari segelintir penyokong GS itu sendiri.
SAYA TERTANYA-TANYA....Bila wujud GS adakah terus jadi macam Nabi/Tuhan nda boleh tegur ka parti keminatan kamu tu? Belum jadi kerajaan, kena tegur sikit terus mengelupur. Macamana jadi Kerajaan nanti..Kalau lah...Kompom siapa bersuara habis kena hantam oleh macai-macai extremis GS ni.
Saya akan MERESPOND siapa yang merespond pada saya. Saya tidak mula menulis pandangan saya tentang GS melainkan ramai dari pihak Penyokong GS mengatakan saya ejen BN dan sebagainya apabila saya kempen #UndiRosak.
Rakyat dapat menilai malah membaca, bila mana saya lebih banyak menulis berkait GS, kerana itu RESPOND saya pada sesuatu isu yang diketengahkan yang dibawa oleh pihak penyokong GS itu sendiri.
Seperti saya kata, President malah Ahli Majlis Tertinggi Gabungan Sabah harus menjaga penyokong mereka, penyokong yang agresif akan memakan diri parti tersebut selayaknya.
Saya tidak affiliate mana-mana party, saya nda rugi apa-apa menyatakan pandangan saya, saya nda boleh kata saya sokong GS sedangkan bagi saya MODAL POLITIK GS belum kuat sebagai satu Penyatuan. Saya juga nda boleh sokong WARISAN bila mana saya masih melihat keegoan warisan serta memperlekehkan parti lokal sabah yang lain untuk bersatu.
***
Jadi, Tuan Roger Macklin, saya menjemput anda komen diwall saya, dan jangan hanya berani hit and run and hide, kalau berani kasi public semua post supaya saya pun mau join juga komen d post kamu tentang saya.
Tauka mengumpat itu nda baik, adakah Nilai iti diajar oleg GS pada kamu?
***
1 lagi, Ya saya berkawan dengan Doris Jones, saya berkawan dengan Penyokong MATANG Gabungan Sabah, Juga dari Warisan mahupun dari mana-mana ceruk pemikiran politik berwarna warni termasuk juga dari BN UMNO.
Hanya budak-budak saja berani sebut pasal orang lain tapi bertapuk.
Saya jemput komen di sini, sila terangkan APA SUMBANGAN KAMU SAMA SABAH?
Menyokong GS nda semestinya menyumbangkan sesuatu pada Sabah, parti lain pun sebut sama perjuangkan Sabah. Jadi buang mindset HANYA GS Saja Platform perjuangkan Sabah gamaknya.
***
Last but not least, saya sokong PTI? Ya, baca berulang kali posting saya, lembu saja nda faham apa saya tulis.. Jangan sampai saya kecam bahawa ada segelintir Penyokong Gabungan Sabah sebenarnya dungu.
#MauKecamSILAKAN
#Caps
#Caps
No comments:
Post a Comment