Sunday, April 29, 2018

Saya adalah RAKYAT SEDAR DIRI! - CAPS

SAYA ADALAH RAKYAT SEDAR DIRI.
***
Saya AKUI saya BELUM LAYAK jadi CALON kerana:
- Belum ramai rakyat dapat MANFAAT daripada saya
- belum banyak gerakan AMAL saya buat untuk SELURUH Sabah
- belum ramai rakyat sukses kerana usaha saya
- hanya 1 rumah PERCUMA saya mampu perjuangkan untuk dibina untuk rakyat
- kurang sedozen wheelchair saya mampu bagi PERCUMA seluruh Sabah
- Belum cukup ratus ribu duit sendiri saya keluar untuk bagi kemudahan orang susah ke Hospital PERCUMA
- Belum sampai 1 tan beras pernah saya bagi percuma pada rakyat memerlukan
- belum ramai sukarelawan mampu gerak dibawah saya
- belum banyak bill tunggak saya bantu kempen bayar untuk orang susah
- banyak tempat di Sabah belum dijejaki untuk hulur bantuan semampunya
- belum ada tajaan lagi (background kewangan kuat) untuk bantu orang susah, semua pakai duit sendiri semampunya dan derma dari insan yang murah hati.
- dan banyak lagi kriteria yang belum saya kecapi.
***
Banyak perlu KRITERIA saya harus penuhi JIKA saya ingin berdiri sebagai calon untuk mengangkat hak rakyat di kawasan saya.
***
Jadi, pada saya, yang menjadi Calon sekarang, adakah mereka sudah benar cukup penuh kriteria menjadi calon atau KENA TUNGGU ELECTED DAN DAPAT PERUNTUKAN baru boleh bantu rakyat?
Rakyat sendiri menilai.
***
Kalau saya, saya MALU JADI CALON KALAU BELUM PERNAH APA-APA MENYUMBANG KEPADA SABAH TERCINTA.
Sekadar Berkongsi.
#UndiRosak
#NoUnityNoVote
#Caps

No comments:

Post a Comment