Thursday, April 26, 2018

Penulisan saya penuh dimensi perspektif tersendiri.

Saya suka menulis dengan niat melihat melalui dimensi/kacamata yang lain. Setiap penulisan saya tidak akan mengundang perdebatan, kerana perdebatan di alam FB adalah sangat sia-sia dan tidak akan membawa makna apa-apa pun melainkan perdebatan yang sihat, informatif yang bertujuan membuka lebih ramai minda rakyat.
Saya suka berkawan semua orang, dan selama saya berada dalam dunia media sosial, nda pernah saya menyatakan sesuatu yang tidak menyenangkan apa lagi bersifat peribadi walau benar seseorang itu memang sangat tidak menyenangkan bagi saya.
Saya mengamalkan kesamaan, menerima semua orang kecuali yang telah melebihi batas apa lagi suka mencarut, memaki, talam dua muka dan sebagainya sememangnya tidak layak untuk saya teruskan hubungan kawan media sosial.
Saya sentiasa harap semua orang punya pendirian sama, sentiasa mencukupi apa yang kurang bukannya menjatuhkan atas niat sebenar kita membenci mereka.
Saya sentiasa mengamalkan Cinta Kasih pada semua, seperti mana saya sedang jalankan kerja amal saya melalui #AmalPrihatinSabahResources #PoketAmalAPSR khas untuk rakyat Sabah tercinta.
Ayuh kita jadikan Sabah lebih baik.
#UndiRosak jika tiada penyatuan
#NoUnityNoVote
#Caps

No comments:

Post a Comment